PENGENDALI baharu skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mempunyai resipi tersendiri bagi memulihkan kembali prestasi Harimau Malaya.
Menurut jurulatih dari Korea Selatan itu, beliau akan menerapkan cara permainan lebih agresif, menyerang dan berani mengambil risiko dalam diri anak buahnya dan berharap mereka menunjukkan sikap mahu belajar.
"Jika kita mahu bermain seperti itu, kita memerlukan asas yang kuat dari segi mental dan fizikal, tanpa kedua-duanya, gaya permainan tersebut tidak akan menjadi
"Saya seorang yang berpengalaman, jika diberi masa, saya boleh menghasilkan satu pasukan yang bagus untuk anda," katanya pada sidang media memperkenalkan barisan kejurulatihan baharu Harimau Malaya pada Khamis.
Dalam sidang media itu, Pan-gon turut memperkenalkan empat individu yang bakal membantunya iaitu penolong jurulatih, Pau Marti Vicente, Cho Jun Ho (jurulatih penjaga gol), Dr Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (penganalisis).
Dalam pada itu, jelas Pan-gon, buat masa ini, beliau terlebih dahulu mahu fokus memperbaiki beberapa perkara dari sudut taktikal sebelum melakukan perkara lain.
Beliau juga ada mendedahkan hasrat serta impiannya untuk membawa Harimau Malaya ke kejohanan bola sepak paling berprestij, Piala Dunia satu hari nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram