Muhammad Syafiq 'ajar' FAM, MFL cara sistem liga


  • Podium
  • Rabu, 16 Feb 2022

ANTARA cadangan penstrukturan Liga M yang diutarakan Muhammad Syafiq. — HarimauMalaya

SEJAK diperkenalkan pada tahun 1979 sebagai liga amatur, Liga Malaysia (Liga M) melalui pelbagai perubahan drastik termasuk dari segi sistem dan struktur sehinggalah menjadi liga profesional pada hari ini.

Walaupun sudah berubah status menjadi liga profesional, sistem Liga M dianggap masih jauh daripada sempurna oleh peminat bola sepak tempatan yang sering menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

Antara keluhan para peminat ialah sistem liga tempatan yang didakwa tidak menitikberatkan pembangunan akar umbi yang mantap serta terdapat cacat cela dalam pelaksanaan dan penganjurannya.

Memetik laporan page Facebook HarimauMalaya, seorang peminat bola sepak tempatan, Muhammad Syafiq telah menghantar cadangannya kepada mereka mengenai penstrukturan semula Liga Malaysia (Liga M) dengan penyelarasan format keseluruhan secara tersusun, kemas dan sistematik.

Menerusi cadangan yang ditujukan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) itu, dia turut merangka hala tuju yang jelas bagi kenaikan lapisan peringkat liga terutamanya untuk kelab bola sepak amatur.

fan1

Sistem baharu Liga M yang dicadangkan. — HarimauMalaya

fan2

Struktur liga utama yang dicadangkan. — HarimauMalaya

fan3

Sistem Liga Super hingga Liga M4. — HarimauMalaya

fan4

Sistem Liga M5 hingga Liga M7. — HarimauMalaya

fan5

Sistem Liga Negeri. — HarimauMalaya

Cadangan yang diutarakan itu turut membabitkan peringkat akar umbi dan pembangunan yang jelas dan bersepadu.

Menurut Muhammad Syafiq, sistem yang dirangka olehnya itu menitikberatkan tujuh elemen penting iaitu menyeluruh, membangun, berhala tuju, tersusun, sistematik, seimbang dan adil untuk semua kelab bola sepak tempatan khususnya pasukan amatur di seluruh negara.

Tambahnya, penstrukturan semula ini tidak perlu melibatkan pasukan feeder club supaya kerancakan dan kualiti liga utama tidak terjejas.

Jelasnya, sistem yang dirangkanya itu juga mampu memberi peluang kepada pasukan amatur untuk bersaing dengan pasukan utama.

fan6

Antara faedah daripada penstrukturan semula Liga M. — HarimauMalaya

Berdasarkan penstrukturan semula itu, Liga Super dan Premier akan mempunyai 16 pasukan sekali gus meningkatkan jumlah perlawanan daripada 22 kepada 30 dalam satu musim.

Apa yang penting, kata Muhammad Syafiq, semua kelab harus diswastakan sepenuhnya terlebih dahulu sebelum memulakan sistem itu supaya tiada masalah remeh berlaku.

Selain liga, dia turut mencadangkan penstrukturan baharu sistem dan format saingan piala di liga utama.

fan7

Sistem saingan piala di liga utama. — HarimauMalaya

Dia merangka lima kejohanan piala merangkumi semua liga yang dicadangkan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram