Zii Jia dapat 'lampu hijau' jadi pemain profesional


  • Podium
  • Selasa, 25 Jan 2022

ZII Jia (kiri) bersama keluarganya ketika pertemuan dengan Norza pada Selasa. — Facebook

PEMAIN badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia mengesahkan beliau mendapat restu daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk bergerak secara profesional.

Perkara itu disahkan oleh Juara All England itu dalam satu hantaran Facebook selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria pada Selasa, yang turut dihadiri keluarganya.

"Saya gembira kami dapat menyelesaikan isu ini bersama BAM selepas mendapat restu Tan Sri Norza untuk bergerak sebagai pemai profesional.

“Pencapaian lalu dan masa depan saya akan tetap menjadi hasil Tan Sri Norza, BAM dan Malaysia,” katanya pada Selasa.

Zii Jia turut mengucapkan terima kasih kepada Norza atas tunjuk ajar beliau dan memberinya peluang bermain untuk negara.

Tambahnya, beliau akan fokus untuk menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Saya berharap dengan keputusan ini dapat menyatupadukan kita semua sebagai rakyat Malaysia dan peminat badminton.

“Teruskan menyokong BAM dan pemain badminton profesional negara kerana akhirnya kita semua adalah satu,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram