Ronaldo sakit hati dengan Greenwood


  • Podium
  • Ahad, 23 Jan 2022

RONALDO (kanan) dilaporkan 'tidak sebulu' dengan pemain muda Man United termasuk Greenwood. — Reuters

CRISTIANO Ronaldo tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap rakan sepasukannya di Manchester United, Mason Greenwood semasa babak pertama berdepan West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Sabtu.

The Red Devils menang tipis 1-0 hasil jaringan tunggal kontroversi Marcos Rashford yang didakwa ofsaid pada masa kecederaan dalam pertemuan itu.

Sebelum ini, Ronaldo, 36, secara terbuka mengkritik sikap pemain muda Man United.

"Jika saya memberi nasihat kepada anda, walaupun anda lebih muda daripada saya, jika anda tidak mengamalkan nasihat orang dalam kehidupan seharian anda, ia akan menjadi sukar," katanya kepada Sky Sports.

"Saya boleh bercakap sepanjang hari dengan orang itu, tetapi jika ia tidak datang dari dalam diri anda, ia adalah mustahil. Saya masih ingat ketika saya berumur 18, 19, 20 tahun... beberapa pemain yang lebih tua bercakap dengan saya, tetapi saya meletakkannya sebagai: 'Cristiano, anda perlu menambah baik — mereka tahu lebih banyak daripada anda, mereka lebih berpengalaman daripada anda, mereka melalui banyak detik buruk.'

"Tetapi orang lain, mereka sukar menerima jika anda mengkritik mereka. Saya tidak mengatakan ini berkaitan dengan pemain kami, tetapi secara umum. Saya mempunyai anak, saya tahu. Kadang-kadang apabila anda lebih sukar, mereka melakukan sebaliknya, jadi anda perlu mencari keseimbangan yang betul untuk bercakap dengan mereka."

Walaupun Ronaldo tidak menyebut secara khusus mengenai Greenwood, 20, kedua-dua penyerang itu telah bergelut untuk beraksi sebagai satu pasukan musim ini.

ronaldogreenwood

GREENWOOD memilih untuk membuat rembatan semberono berbanding membuat hantaran kepada Ronaldo (kanan) ketika berdepan West Ham pada Sabtu

Ketika bertemu The Hammers, pada awalnya sepakan percuma Ronaldo terkena benteng pertahanan sebelum Greenwood akhirnya melepaskan rembatan meliar, menyebabkan penyerang veteran itu kelihatan kesal kerana Greenwood tidak menghantar bola kembali kepada Ronaldo.

Namun bos interim Man United, Ralf Rangnick tetap mempertahankan Greenwood yang mencetak enam gol musim ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram