Selamat tinggal 'Messi Kedah'!


  • Podium
  • Sabtu, 15 Jan 2022

FARHAN sempat menjaringkan satu gol ketika aksi perlawanan kedua Liga Super menentang Sri Pahang FC.

BEKAS pemain Kedah FC, Farhan Roslan hampir pasti akan menyarung jersi skuad The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2022.

Spekulasi perpindahan itu dikongsi oleh pemerhati sukan, T. Avineshwaran menerusi ciapan Twitter miliknya pada Sabtu.

"Dikhabarkan bekas pemain sayap Kedah, Farhan Roslan telah menandatangani kontrak bersama Kelantan," ciapnya dengan turut memasukkan tanda pagar #HampirConfirm dan #MFLTransfer2022.

farhan tweet

CIAPAN T. Avineshwaran mengenai perpindahan Farhan. — Twitter

Pemain sayap lincah berusia 25 tahun yang mendapat jolokan Messi Kedah itu dipinjamkan ke Perak FC untuk saingan Liga M musim lalu.

Farhan dipinjamkan daripada pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan sempat menjaringkan satu gol ketika aksi perlawanan kedua Liga Super menentang Sri Pahang FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram