Teong Kim kritik… FAM tuntut, Majoriti akur


  • Podium
  • Sabtu, 15 Jan 2022

PRESIDEN FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

PORTAL Majoriti mengambil pendekatan untuk menyelesaikan salah faham berhubung artikel bertajuk 'Presiden FAM 'membunuh' bola sepak Malaysia — Teong Kim' yang diterbitkan pada 29 Disember 2021.

Justeru, pihak Majoriti menurunkan artikel berkenaan pada 7 Januari lalu untuk kebaikan semua pihak.

Berikut adalah kenyataan Majoriti.

“MAJORITI mengambil maklum tentang reputasi Yang Berbahagia Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin (“Datuk Haji Hamidin”), Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (“FAM”), dan FAM, yang terjejas ekoran penyiaran artikel berjudul “Presiden FAM ‘membunuh’ bola sepak Malaysia — Teong Kim.

Justeru, MAJORITI kesal dan mengambil maklum tentang ketidaktepatan artikel yang diterbitkan kerana ia menjejaskan reputasi Presiden dan FAM.

MAJORITI memohon maaf dengan tulus ikhlas dan tanpa ragu-ragu kepada Datuk Haji Hamidin dan FAM.”

Sehubungan itu juga, Majoriti akan menyiarkan penjelasan lanjut Presiden FAM bagi menjawab setiap dakwaan Teong Kim pada 8 pagi Ahad, 16 Januari 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram