BEKAS pemain sayap Kedah Darul Aman (KDA) FC, Farhan Roslan memilih untuk bersama pasukan Kelantan FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2022.
Kelantan FC dalam kenyataan di laman Facebook rasminya memaklumkan pemain berusia 25 tahun yang diberi jolokan ‘Messi Kedah’ itu menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama pasukan 'The Red Warriors' (TRW).
"Farhan mula menempa nama bersama pasukan Kedah FC sejak berumur 18 tahun menerusi kelicikan kawalan bola sehingga berjaya mencuri perhatian barisan kejurulatihan TRW.
"Rekod beliau ketika bersama Perak FC berjaya menjaringkan satu gol dengan lapan penampilan pada musim 2021 manakala ketika mewakili Kedah Darul Aman FC, Farhan membuat 64 penampilan dan menjaringkan enam gol," menurut kenyataan itu.
Kelantan FC berharap kehadiran Farhan yang dipinjamkan ke Perak FC musim lepas dapat membantu pasukan itu meraih kejayaan dalam Liga-M musim nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram