'Noob' perlu ambil tips Wafi untuk jadi pro-ML


  • eSports
  • Sabtu, 15 Jan 2022

ABDUL Wafi mula bermain secara serius sejak PKP dilaksanakan pada 2020. — Ihsan Abdul Wafi/Team Haq

MENGUASAI beberapa aspek dalam permainan video Mobile Legends (ML) amat penting dalam memantapkan kemahiran bermain permainan tersebut.

Menurut atlet e-sukan, Abdul Wafi Abdul Hamid, kelebihan bermain ML adalah fungsinya mudah difahami sekiranya kerap bermain dan belajar tentang permainan video berkenaan.

"Ketika kita bermain ML, pemain itu perlu peka dengan peta dalam permainan tersebut serta menguatkan 'mekanik' hero.

"Selain itu, pemain perlu sentiasa berkomunikasi dengan anggota pasukan kerana permainan ini adalah lima menentang lima (5 v 5) dan bukan 1 v 5.

"Untuk kita memantapkan lagi kemahiran dan ilmu tentang ML, rajinkan diri untuk menonton pemain profesional seperti Ciku dan 4meyz daripada Team Todak serta Leixia dan Aim daripada Team Caracal.

"Anda juga boleh menonton Mobile Legends Profesional League (MPL) untuk mengkaji bagaimana pemain profesional bermain di kejohanan antarabangsa," katanya kepada Majoriti.

Ketika ditanya tentang karakter kegemarannya dalam ML, Abdul Wafi memilih Paquito.

"Kelebihannya adalah pemain boleh menggunakan Paquito secara agresif sehingga membuatkan pihak lawan menjadi sukar untuk mengawal permainan semula," ujarnya lagi.

Screenshot 2022-01-14 072842

PAQUITO merupakan karakter kegemaran Abdul Wafi sewaktu bermain ML. — Facebook

Abdul Wafi yang bernaung di bawah Team Haq itu mula bermain ML secara serius sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 2020.

Pencapaian terbesarnya adalah mendapat tempat ketiga dalam Mobile Legends Malaysia Championship (MMC) dan tempat kelapan pada kejohanan Malaysian Esports League (MEL).

"Sasaran saya pada tahun ini adalah untuk layak bertanding di MPL namun kami harus melepasi kelayakan MPL yang bermula bulan ini," menurutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram