KEKERAPAN bermain mod permainan 'deathmatch' dalam permainan video Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) merupakan antara kunci untuk meningkatkan kemahiran.
'Deadmatch' merupakan mod yang boleh dimainkan pada mana-mana peta permainan tanpa sebarang objektif utama, seperti meletupkan bom atau menyelamatkan tebusan.
Bagaimanapun, para pemain dikehendaki untuk menyingkirkan kesemua anggota pihak lawan.
Menurut atlet e-sukan CS:GO, Mohammad Ashraf Firdaus Kamaruzaman atau dikenali sebagai acAp, para pemain juga perlu mencari identiti sendiri ketika bermain permainan video berkenaan.
"Contohnya, kalau nak main sebagai 'entry fragger', boleh tengok cara pemain luar negara bermain dan semestinya perlu meluangkan lebih banyak masa untuk bermain permainan video tersebut," katanya kepada Majoriti.
ACAP pernah mewakili pasukan Aerowolf di Indonesia. — Ihsan acAp
Bagi yang tidak mengetahui, 'entry fragger' memainkan peranan paling penting bagi pihak 'pengganas' dalam CS:GO.
Peranan 'entry fragger' adalah 'membuka jalan' buat pasukannya dengan membunuh pihak lawan terlebih dahulu.
Tambah acAp, kelebihan paling utama bermain CS:GO adalah para pemain dapat memperkukuhkan asas dalam permainan video berbentuk 'first-person shooter' (FPS).
"Para pemain dapat membentuk kemahiran merangka strategi, komunikasi dan 'aim' pihak lawan.
"Boleh dikatakan pemain CS:GO akan lebih mudah untuk beralih ke permainan video FPS yang lain kerana asas dalam CS:GO cukup lengkap," ujarnya lagi.
ASAS dalam CS:GO cukup lengkap bagi sesebuah permainan video berbentuk FPS. — Gambar hiasan
Menurut acAp, beliau berharap komuniti e-sukan di Malaysia akan lebih berkembang supaya dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak dalam industri ini.
"Sokongan dan peruntukan daripada kerajaan pada Bajet 2022 bernilai RM20 juta akan membuka ruang kepada para penaja untuk melabur pada e-sukan di negara ini serta lebih banyak kejohanan boleh diadakan masa hadapan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram