
LATIHAN menguatkan memori otot memberikan impak terhadap seseorang atlet e-sukan terutamanya dalam permainan video berbentuk first-person shooting (FPS)' seperti Counter Strike atau Valorant.
Menurut atlet e-sukan Valorant yang bermain untuk pasukan Todak iaitu Shamir Aliff Saifu Zaman, satu lagi kelebihan membina memori otot adalah dapat meningkatkan daya reaksi mata terhadap sesuatu objek dalam permainan video, dari satu titik ke titik lain.
"Selain itu, pengambilan kafein setiap hari adalah penting untuk diri saya supaya kekal fokus untuk tempoh berjam lamanya.
"Saya juga akan melakukan senaman ringan di bahagian tangan dan bahagian atas badan setiap pagi selepas bangun daripada tidur.
"Ketika hari kejohanan, saya akan mendengar muzik bernada tenang dan cuba tidak untuk fikir tentang perlawanan yang akan berlangsung," katanya kepada Majoriti baru-baru ini.
SHAMIR Aliff banyak mendengar muzik bernada tenang sebelum bertanding dalam sesuatu kejohanan. — Ihsan Shamir Aliff
Shamir Aliff, 24, memulakan debut dalam e-sukan pada 2018 dan menyertai pasukan FrostFire.
Selepas itu, beliau mula melebarkan sayapnya bermain untuk pasukan gergasi Counter Strike Global Offensive (CSGO) seperti Paper Rex.
Berhubung gaya permainan yang digunakan sewaktu bermain Valorant atau Counter Strike, Shamir Aliff menitikberatkan teknik 'crosshair placement' (sasaran bidikan).
"Meletakkan 'crosshair' di bahagian kepala pihak lawan akan memberikan kelebihan untuk 'one shot' dan 'instant kill' pihak lawan.
"Rahsia untuk bermain dengan baik adalah untuk melihat 'point of view' (POV) dan belajar daripada pemain berkelas dunia. Dari segi 'crosshair placement', 'positioning' dan 'decision making' dapat meningkatkan mutu permainan," jelasnya lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram