Izuddin tolak tiga kelab lain demi bantu Kelantan ke Liga Super


  • Podium
  • Sabtu, 08 Jan 2022

IZUDDIN pernah beraksi bersama skuad remaja Kelantan. — MFL

PEMAIN baharu The Red Warriors, Muhaimin Izuddin Mohd Asri berasa ghairah diberi peluang membantu negeri kelahirannya kembali ke Liga Super.

Bekas pemain Skuad Projek FAM-NSC itu bakal menyarung jersi Kelantan FC pada saingan musim baharu Liga Premier musim yang dijadualkan bermula bulan depan.

Pemain berusia 20 tahun itu mendedahkan, beliau turut menerima tiga tawaran daripada kelab lain, tetapi sukar untuk menolak lamaran The Red Warriors.

“Saya dapat lihat Kelantan serius untuk memenangi Liga Perdana dan ia juga tempat saya dilahirkan, jadi saya memilih untuk menerima tawaran mereka.

“Saya pernah bermain untuk mereka sebelum ini dalam skuad remaja kendalian Yusri Che Lah tetapi ini adalah cabaran berbeza.

“Kini saya akan bersaing dengan pemain senior dan juga import luar negara untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama. Saya bersedia menghadapi cabaran itu,” kata Muhaimin, yang beraksi dalam 18 daripada 20 perlawanan Skuad Projek FAM-NSC tahun lalu.

“Matlamat pengurusan adalah untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan sebagai naib juara dan kembali ke Liga Super menjelang 2023.

"Saya akan memainkan peranan saya untuk memastikan sasaran ini tercapai," tambahnya.

Kelantan menduduki tempat keenam dalam Liga Premier musim lalu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram