Man United dahului saingan sambar prospek terhangat Jerman


  • Podium
  • Isnin, 27 Dis 2021

WIRTZ masih mempunyai kontrak bersama Bayer Leverkusen sehingga 2026. — Twitter Bayer Leverkusen

PENGENDALI sementara Manchester United, Ralf Rangnick mahu memperkuatkan pasukan pada jendela perpindahan Januari bagi mengharungi baki musim ini.

United kini berada di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris (EPL) serta bakal bertemu Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara selain pusingan ketiga Piala FA menentang Aston Villa pada Januari.

The Red Devils dilaporkan sedang mendahului perlumbaan untuk mendapatkan bintang muda terhangat Jerman, Florian Wirtz bernilai £60 juta dari Bayer Leverkusen.

Pemain berusia 18 tahun itu dianggap sebagai antara pemain muda terbaik ketika ini dan membuat penampilan sulung di Bundesliga tiga minggu selepas hari jadinya yang ke-17.

Dia juga sudah membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Jerman dan Rangnick difahamkan sudah mengenal pasti pemain tengah itu sebagai sasaran utamanya.

Selain United, Liverpool dan Chelsea juga dilaporkan mahu menandatangani pemain itu.

Wirtz masih mempunyai kontrak bersama Bayer Leverkusen sehingga 2026 dan United tahu mereka perlu membayar sejumlah wang yang banyak jika mahu membawa pemain itu ke Old Trafford.

Menurut Rangnick, prospek untuk bermain bersama Manchester United sukar ditolak bagi mana-mana pemain dan bersedia untuk menarik pemain itu ke England. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram