Penang FC dapat khidmat pemain kelahiran Jepun


  • Podium
  • Sabtu, 25 Dis 2021

SHEANG Tsung pernah dianggap sebagai salah seorang bintang masa depan negara. — Gambar KDA FC

BEKAS pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tam Sheang Tsung dilaporkan bakal berhijrah ke sebuah lagi kelab utara tanah air, Penang FC.

Pemain kelahiran Jepun itu dilepaskan secara rasmi oleh naib juara Liga Super itu pada awal bulan ini selepas semusim bersama kelab.

Pemain tengah itu tidak melakukan sebarang penampilan bersama KDA FC pada musim ini dan hanya berada di bangku simpanan beberapa kali.

Satu ketika dahulu, Sheang Tsung pernah dianggap sebagai salah seorang bintang masa depan negara ketika beraksi bersama beberapa kelab Jepun ketika remaja.

Bagaimanapun, beliau bergelut untuk mencipta impak di Jepun sebelum berhijrah ke Liga M bersama Melaka United dan KL City FC pada 2017 dan D'AR Wanderes pada 2018.

Malangnya, beliau juga jarang diturunkan oleh bekas kelabnya ketika berada di Malaysia.

Sebelum menyertai KDA FC, beliau pernah berkelana di Potugal bersama kelab Alcanenense.

Sheang Tsung merupakan warganegara Malaysia dan kedua-dua ibu bapanya berasal dari Kedah sebelum berhijrah ke Jepun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram