Ubi muda Selangor FC bakal ke kelab Borneo


  • Podium
  • Selasa, 21 Dis 2021

SHAFIZI ketika bersama Kelantan United. — Gambar Kelantan United FC

KUCHING City FC bakal diperkuatkan dengan kehadiran bintang muda berbakat Selangor FC, Shafizi Iqmal bagi saingan musim depan.

Musim lalu, pemain berusia 22 tahun itu dipinjamkan ke kelab Liga Premier, Kelantan United FC.

Bersama skuad Kijang, beliau melakukan 10 penampilan dalam semua pertandingan pada musim lalu dan menjaringkan dua gol.

Selangor FC dikhabarkan mahu terus meminjamkannya ke kelab luar bagi mendapatkan minit permainan sebelum bersedia untuk beraksi bersama Gergasi Merah itu.

Shafizi difahamkan sudah bersetuju untuk dipinjamkan ke kelab Borneo itu bagi saingan musim 2022.

Shafizi pernah mewakili skuad bawah 18 dan 19 tahun kebangsaan pada kejohanan AFF serta AFC bersama beberapa pemain ternama lain seperti Nik Akif, Akhyar Rashid dan Hadi Fayyad.

Beliau melakukan empat penampilan dalam dua kejohanan tersebut dengan menjaringkan satu gol dan satu bantuan gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram