Tinggalkan Lang Merah, 'Messi Kedah' dalam radar kelab gergasi tanah air


  • Podium
  • Ahad, 19 Dis 2021

FARHAN (kanan) sebelum ini dipinjamkan selama setahun kepada Perak FC. — The Star

PEMAIN Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Muhammad Farhan Roslan dikhabarkan tidak lagi kekal beraksi bersama pasukan itu pada musim depan.

Berdasarkan desas-desus dalam kalangan peminat Red Eagle, pemain sayap kiri yang terkenal dengan gelaran ‘Messi Kedah’ itu dikatakan bakal mengikat kontrak dengan skuad gergasi yang tidak didedahkan identitinya.

Sebelum ini, Perak FC mendapatkan khidmat Farhan secara pinjaman untuk kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Farhan yang dipinjamkan selama setahun dilihat mendapat kepercayaan jurulatih Perak FC ketika itu, Chong Yee Fatt bagi memantapkan lagi jentera serangan pasukan itu.

Tidak mustahil, ada kemungkinan pinjaman itu akan bertukar status menjadi kekal memandangkan Farhan merupakan pemain muda yang berpotensi besar serta kembali menemui prestasi terbaik musim ini.

Namun selain Bos Gaurus, Farhan juga dikatakan berada dalam radar Johor Darul Takzim (JDT), namun besar kemungkinan dia akan dipinjamkan ke JDT II bagi membuktikan kemampuannya terlebih dulu sebelum diserap ke skuad utama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram