SELEPAS melepaskan ramai bintang kepada pasukan lawan, Penang FC kini semakin rancak membawa masuk ramai muka baharu bagi menghadapi saingan musim depan.
Sejak beberapa hari ini, skuad Harimau Kumbang aktif mengumumkan nama-nama pemain yang bakal menyertai pasukan itu.
Sembilan muka baru disahkan oleh pihak kelab iaitu Azzizan Nordin, Hamran Peter, Hafizul Hakim, Adip Raop, Syamin Baharuddin, Rafiuddin Roddin, Khatul Anuar, Shafiq Al-Hafiz, dan Ariff Ar-Rasyid.
Namun peminat kini sedang menantikan pemain-pemain import baharu yang bakal menyertai pasukan itu.
Dilaporkan, Penang FC sudah mempunyai calon bagi mengisi kuota import Asia pasukan apabila bakal membawa masuk penyerang serba boleh dari Liga Jordan, Hilal El-Helwe.
Penyerang yang berasal dari Lubnan itu difahamkan sudah bersetuju untuk ke Stadium Bandaraya dan hanya menunggu untuk pengumuman daripada pihak kelab.
Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini pernah berkelana di beberapa kelab Jerman dan sebuah kelab Greece sebelum menyertai Liga Jordan pada tahun 2021.
Beliau juga merupakan seorang penyerang versatil yang boleh bermain di bahagian tengah dan kedua-dua bahagian sayap.
Penyerang berketinggian 1.86 meter itu hebat dalam memegang bola dan gemar melakukan larian berbahaya di belakang barisan pertahanan.
El-Helwe juga mempunyai 40 penampilan bersama skuad antarabangsa Jordan sejak 2015 dan menjaringkan 9 gol. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram