Man United kehilangan Cavani selamanya


  • Podium
  • Sabtu, 18 Dis 2021

CAVANI dikhabarkan mahu mencari haluan baharu pada Januari. — AFP

PENYERANG Manchester United, Edinson Cavani dikhabarkan bakal menyertai Barcelona pada jendela perpindahan musim sejuk (Januari) kelak.

Cavani musim ini sering diketepikan oleh Man United susulan kehadiran bintang Portugal, Cristiano Ronaldo pada musim panas lalu.

Persaraan penyerang Argentina, Sergio Aguero susulan masalah kesihatan baru-baru ini mengundang kebimbangan Barcelona berhubung bahagian serangan pasukan itu.

Selepas perpindahan bintang Argentina, Lionel Messi ke Paris Saint-Germain (PSG) dan Antoine Griezmann ke Atletico Madrid, Barcelona seolah-olah hilang punca di bahagian serangan dan terpaksa berharap kepada pemain Belanda, Memphis Depay.

Kehadiran Cavani dijangka menyelesaikan isu berkenaan dan membantu pasukan bimbingan Xavi kembali bersaing dalam merebut slot Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Barcelona dilaporkan akan memberikan kontrak selama 18 bulan kepada Cavani.

Barcelona ketika ini menduduki tangga kelapan dalam La Liga dengan 24 mata, lima mata di belakang pasukan di tangga keempat, Atletico Madrid.

Selain Barcelona, Cavani juga menerima tawaran daripada kelab Argentina, Boca Juniors.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram