Kipre Tchethe tinggalkan Kedah, perancang TFC jadi buruan


  • Podium
  • Khamis, 16 Dis 2021

KIPRE Tchetche sah tidak lagi bersama Kedah pada musim depan. — Gambar Ihsan KDA FC

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) dilaporkan giat memburu pemain import Terengganu FC (TFC) II untuk memantapkan barisan tengah skuad Hijau Kuning.

Buat masa ini, Kedah hanya dibarisi seorang pemain import selepas mengikat bekas pemain Melaka United, Jang Suk-won bagi mengisi kuota Asia.

Kehadiran Suk-Won ke kelab utara itu bagi menggantikan Renan Alves dari Brazil yang meninggalkan kelab tersebut selepas kontraknya tidak disambung.

Malah Kedah turut melepaskan Kipre Tchetche dan Kpah Sherman, sekali gus membuka ruang kepada skuad kendalian Aidil Sharin untuk mengisi empat lagi slot pemain import selepas mengikat Suk-Won.

Sherman sah menyertai TFC manakala destinasi Kipre masih belum pasti.

Diche

Dechi Marcel N'Guessan dilepaskan TFC pada awal bulan ini.

Pemain tengah TFC II, Dechi Marcel N'Guessan disebut-sebut akan mengisi kekosongan slot import sebagai persediaan Aidil menghadapi musim baharu 2022.

Dechi ketika ini tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas kontraknya bersama TFC tidak disambung pada 1 Disember lalu.

Dengan penampilan sebanyak 18 kali bersama TFC pada musim 2021, Dechi menyumbang dua gol dan dua bantuan gol untuk membantu skuad Penyu menduduki tangga keempat Liga Super.

Pada usia 30 tahun, Dechi dilihat masih mampu memberi mampu memberi sumbangan kepada skuad Hijau Kuning bagi mencabar kejuaraan Liga Super pada musim depan.

Jika Kedah berjaya mendapat Dechi, Aidil kini perlu mencari tiga lagi pemain import dengan sasaran mengisi slot di bahagian serangan selepas dua importnya, Kipre dan Kpah Sherman meninggalkan kelab itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram