Penyerang Akademi Mokhtar Dahari jadi taruhan Selangor


  • Podium
  • Sabtu, 11 Dis 2021

ABDUL Rahman bersama anugerah yang dimenanginya ketika Kejohanan Pra U Cup 2021 baru-baru ini. — Instagram
PENGURUSAN Selangor FC dikhabarkan hampir pasti menandatangani penyerang muda berbakat dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Abdul Rahman Daud untuk skuad Selangor II musim depan.

Abdul Rahman merupakan antara prospek hangat AMD dan dilaporkan turut menjadi buruan kelab lain musim depan.

Beliau yang lahir di Syria mempunyai darah kacukan Eropah apabila ibunya berasal dari Itali, manakala bapanya pula berasal dari Johor.

Pemain berusia 18 tahun itu juga baru-baru ini mencipta kejayaan peribadi apabila meraih anugerah penjaring terbanyak, penyerang terbaik, dan pemain terbaik perlawanan akhir pada Kejohanan Pra U Cup 2021 dengan 10 gol.

Selangor FC II merupakan pasukan feeder bagi skuad utama Gergasi Merah bagi membangunkan bakat-bakat muda untuk diserap ke skuad utama Selangor.

Skuad itu mendapat sentuhan beberapa jurulatih tempatan yang diketuai oleh legenda Gergasi Merah, Rusdi Suparman, bersama Nazliazmi Mohd Nasir, Khushairi Abdul Wahab, Shuhaimi Abdul Hamid dan Mashiedee Sulaiman.

Beberapa pemain Selangor FC II juga diserap ke pasukan utama pada musim lalu antaranya Sharul Nazeem, Aliff Haiqal Lau, Danial Asri, Mukhairi Ajmal, Zikri Khalili dan Sikh Izhan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram