NASIB Nafuzi Zain bersama Terengganu FC (TFC) dijangka diketahui Isnin selepas mesyuarat ahli lembaga pengarah pengurusan kelab itu.
Kontrak Nafuzi bersama skuad penyu itu tamat pada 1 Disember lalu dan kelab itu sehingga kini masih berdiam diri mengenai nasib pengendali yang berasal dari Kelantan itu.
Menurut laporan, ahli lembaga pengarah TFC akan mengadakan satu mesyuarat pada Isnin berhubung status Nafuzi bersama kelab itu.
Difahamkan, isu peribadi yang berlaku di belakang tabir menyebabkan pemilihan jurulatih TFC masih lagi tergantung sehingga kini.
Laporan yang mengatakan nasib Nafuzi akan diketahui Isnin. — Twitter
Selain itu, kedudukan Nafuzi bersama TFC juga masih tergantung kerana pihak pengurusan dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat jurulatih warga asing, termasuk pembantu jurulatih KL City FC, Nenad Bacina.
Bacina juga dilaporkan mahu meninggalkan Juara Piala Malaysia 2021 itu kerana mahu menjadi ketua jurulatih di kelab lain.
Spekulasi mengenai masa depan pembantu jurulatih KL City FC. — Twitter
Sebelum ini, nama jurulatih Croatia, Tomislav Steinbruckner, yang merupakan bekas jurulatih T-Team pada tahun 2015, disebut-sebut bakal menggantikan Nafuzi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Bekas kelabnya, NK BSK Bijelo Brdo pada Khamis juga mengumumkan peletakan jawatan Steinbruckner sebagai ketua jurulatih kelab itu, yang menghangatkan lagi spekulasi bahawa jurulatih itu bakal ke Kuala Terengganu bagi saingan musim hadapan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram