Dua tahun bina TFC, 'Nafuzi pergi, pemain lari'


  • Podium
  • Sabtu, 04 Dis 2021

NAFUZI masih belum pasti mengemudikan TFC pada musim depan.

TEKA-TEKI masa depan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain bersama skuad Penyu masih hangat diperkatakan dan menjadi tanda tanya.

Spekulasi kuat mengatakan tempat Nafuzi akan digantikan dengan jurulatih kelab Croatia, Tomislav Steinbruckner yang dilaporkan sudah meletakkan jawatan di Bijelo Brdo.

Kontrak Nafuzi bersama TFC tamat pada 1 Disember lalu dan perbincangan tentang kontrak baharunya dilaporkan masih belum mencapai kata putus setakat ini.

Walaupun cemerlang membawa TFC dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia, nampaknya pencapaian Nafuzi itu dilihat masih belum memuaskan hati pihak pengurusan.

TFC menamatkan saingan di kedudukan keempat dalam saingan Liga Super di belakang JDT, KDA FC dan Penang FC, selain mara ke pusingan separuh akhir sebelum tewas dengan skuad Harimau Selatan.

Reaksi Nafuzi

Antara reaksi penyokong TFC terhadap spekulasi masa depan Nafuzi.

Rata-rata penyokong TFC tidak bersetuju dengan keputusan kelab itu menggantikan Nafuzi.

Mereka menyifatkan pengurus kelahiran Kelantan itu sudah berbakti selama dua tahun untuk membina skuad TFC yang dilihat sebagai pencabar terbaik kejuaraan liga di Malaysia.

Malah ada yang memuji Nafuzi berjaya menemukan resepi terbaik menggabungkan bakat muda tempatan untuk bergandingan dengan pemain import bagi menggalas nama TFC sebagai satu daripada pasukan yang digeruni.

Ada penyokong yang bimbang dengan keputusan membawa masuk Steinbruckner yang juga bekas jurulatih T-Team, ke TFC akan menyebabkan pemain kelab itu mengambil langkah berhijrah ke kelab lain.

Pastinya, situasi itu akan merugikan TFC sendiri dan mengecewakan penyokong skuad pantai Timur itu yang boleh berbangga dengan pencapaian pasukan itu sepanjang musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram