Tidak mungkin Nafuzi ke Selangor FC


  • Podium
  • Sabtu, 04 Dis 2021

GAMBAR yang tular di media sosial menunjukkan individu mirip Nafuzi menyarung jersi Selangor FC.
NASIB pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain bersama skuad Penyu masih belum pasti memandangkan kontraknya yang tamat pada 1 Disember lalu tidak disambung.

Khabar angin kuat mengatakan jurulatih dari jurulatih Croatia, Tomislav Steinbruckner akan menggantikan tempat Nafuzi apatah lagi pengendali import itu dilaporkan sudah letak jawatan kelab Croatia, NK BSK Bijelo Brdo.

Terbaharu, tular di media sosial foto dipercayai Nafuzi menyarung jersi Selangor FC bergambar bersama beberapa individu, dipercayai di sebuah restoran.

Tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar gambar itu diambil tetapi ia seolah-olah memberi gambaran Nafuzi sudah sedia berhijrah ke kelab lain.

Jurulatih kelahiran Kelantan itu setakat ini tidak dikaitkan dengan mana-mana kelab dan perpindahannya ke Selangor boleh dianggap mustahil kerana The Red Giants baru saja melantik ketua jurulatih baharu.

Selangor mengumumkan pelantikan Michael Feichtenbeiner yang juga Pengarah Sukan Kelab sebagai ketua jurulatih baharu skuad utama menggantikan Karsten Neitzel yang diturunkan pangkat sebagai penolong ketua jurulatih. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram