Nafuzi pilihan terbaik peminat, JDT dominasi Fan XI


  • Podium
  • Sabtu, 04 Dis 2021

NAFUZI terpilih sebagai pilihan peminat dalam kategori Fan XI.

NAFUZI Zain terpilih dalam kategori Fan XI iaitu pilihan terbaik penyokong dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK2021).

Dalam senarai itu, JDT mendominasi senarai pilihan peminat dengan lima pemain iaitu Le'vere Corbin Ong (pertahanan), Leandro Velaquez (tengah), Arif Aiman, Conzalo Cabrera dan Bergson Silva (penyerang).

Tiga pemain Kedah Darul Aman FC turut tersenarai iaitu Rizal Ghazali dan Renan Alves di bahagian pertahanan manakala Baddrol Bakhtiar di bahagian tengah.

Fan XI

KL City FC juga mempunyai dua pemain yang terpilih iaitu Kevin Ray Mendoza sebagai penjaga gol dan Zhafri Yahya di bahagian tengah.

Arif Fadzilah dari Terengganu FC melengkapkan senarai Fan XI apabila terpilih di bahagian pertahanan.

Pilihan kali ini menggunakan formasi 4-3-3. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram