PENGURUS Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino kini semakin hampir ke Old Trafford selepas wakil kelab itu dilaporkan sudah bertemu dengan bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane bagi menggantikan tempatnya di Parc des Princes.
Menurut laporan Marca, Zidane bagaimanapun masih mahu menyambung tempoh rehatnya dan hanya akan bersedia untuk mengambil alih pendahulu Liga Perancis itu pada musim panas.
Pochettino menjadi sasaran utama Manchester United untuk menggantikan bekas pengurus, Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat pada 21 November lalu.
Pengarah sukan PSG, Leonardo dan pengurus besar kelab, Jean-Claude Blanc, yang juga kawan baik Zidane, dilaporkan bertemu di hotel Royal Monceau, Paris untuk membincangkan tentang perkara itu.
Ketika ditanya sama ada dirinya akan kekal di PSG pada peringkat kalah mati Liga Juara-Juara, Pochettino seakan-akan berselindung mengenai perkara itu.
“Pemain mengetahui situasi kami. Saya fikir kita hidup dalam industri yang terdapat khabar angin, kadang-kadang negatif, kadang-kadang positif.
"Itulah yang kami katakan mengenai khabar angin itu," katanya selepas kekalahan 1-2 di tangan Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara pada Rabu.
Zidane sebelum ini dilaporkan sedang menunggu untuk mengambil alih jawatan pengurus skuad kebangsaan Perancis, dengan Didier Deschamps kelihatan bersedia untuk melepaskan posisi tersebut selepas Piala Dunia di Qatar tahun depan.
Tetapi perkembangan terbaru ini mungkin menunjukkan bahawa dia sudah berubah fikiran.
Zidane dilihat sebagai calon yang paling sesuai untuk PSG kerana dia tahu bagaimana untuk mengurus nama-nama besar seperti yang dilakukannya ketika di Real Madrid.
Dia juga berjaya merekodkan tiga gelaran Liga Juara-Juara berturut-turut ketika menguruskan gergasi Sepanyol itu, yang merupakan sasaran utama presiden kelab Perancis itu, Nasser Al-Khelaifi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram