Syahmi tinggalkan Selangor, bakal ke selatan tanah air


  • Podium
  • Khamis, 25 Nov 2021

SYAHMI (kiri) cemerlang beraksi bersama Selangor FC. — Facebook Selangor FC

PEMAIN pertahanan Harimau Malaya, Syahmi Safari dikaitkan ke selatan tanah air selepas secara rasmi meninggalkan Selangor FC.

Pemain berusia 23 tahun itu merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil itu sebelum menyertai The Red Giant pada 2015, dan kemudiannya diserap ke skuad utama pada 2017.

Sepanjang lebih 100 penampilannya bersama Selangor FC, Syahmi menyumbangkan lebih gol, pencapaian yang baik bagi seorang pemain pertahanan.

Syahmi Safari

Khabar angin yang mengaitkan perpindahan Syahmi ke JDT.

Kini selepas lapan tahun bersama Selangor, Syahmi dilaporkan mencapai persetujuan bersama kelab untuk meninggalkan The Red Giant.

Pemain pertahanan kanan dan juga boleh beraksi sebagai pemain sayap itu kini dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan gergasi Johor Darul Ta'zim (JDT).

Jika perpindahan ke JDT direalisasikan, Syahmi perlu merebut tempat dengan tiga pemain berpengalaman iaitu Matthew Davies, S. Kunanlan dan Azrif Nasrulhaq.

Namun usia Syahmi yang masih muda, mungkin menjadi kelebihan buatnya untuk menimba ilmu bersama pemain berpengalaman di JDT.

Berita perpindahan Syahmi ke JDT bukan lagi rahsia kerana pemilik Harimau Selatan, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebelum ini melalui satu hantaran di Instagram Malayantiger.Co.

Telahan “captain keluar” telah menjadi bualan ramai sehingga ramai merasakan Syahmi akan berhijrah ke pasukan lain.

Komen TMJ pada ketika itu turut menimbulkan tanda tanya peminat, namun akhirnya perkara itu terjawab selepas Syahmi disahkan tidak akan kekal bersama Selangor selepas ini.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Syahmi Safari, Selangor FC, JDT