Haaland mahu keluar Dortmund


  • Podium
  • Khamis, 25 Nov 2021

PEMAIN muda dari Norway ini sedang diintai beberapa kelab besar antaranya Real Madrid, PSG dan Bayern Munich. — Agensi

PRESTASI membanggakan penyerang Dortmund, Erling Haaland sejak menyertai kelab itu pada Januari 2020 menyebabkan pemain muda itu menjadi rebutan kelab-kelab utama di Eropah.

Menurut laporan FootballTransfer.com, pemain berusia 21 tahun dari Norway itu kini sedang diintai Real Madrid, PSG, Bayern Munich dan skuad gergasi Liga Premier lain.

Bagaimanapun, buat pertama kali dalam perjalanan kariernya, Haaland berdepan masalah.

Pertamanya, dia mengalami kecederaan pinggul yang serius pada pertengahan Oktober lalu hingga memaksanya dikecualikan daripada perlawanan hingga tahun baru.

Perlawanan terakhirnya pada tahun 2021 adalah ketika menentang Ajax pada 19 Oktober lepas.

Ketika ketiadaannya, kedua-dua Dortmund dan Norway dilihat kalah dalam dua pertandingan terbesar bola sepak.

Norway mengalami keputusan seri 0-0 di tempat sendiri semasa bertemu Latvia selain tewas 0-2 kepada Belanda dalam dua perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia yang gagal melayakkan mereka ke Qatar 2022.

Kemudian, Dortmund tewas perlawanan berturut-turut kepada Ajax (1-3) dan Sporting Lisbon (1-3) untuk keluar dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dengan baki satu perlawanan lagi.

Haaland juga tidak akan beraksi dalam dua kejohanan penting tahun depan ekoran nasib malang yang menimpa dirinya.

Perkara itu jelas menunjukkan Haaland bukan sahaja tiada galang ganti bagi kelab dan negaranya, malah hal tersebut meningkatkan tekanan ke atas Haaland untuk meninggalkan Dortmund ke pasukan yang lebih layak mendapatkan perkhidmatannya.

Klausa perpindahannya tidak akan digunakan sehingga musim panas akan datang, tetapi dengan beberapa kelab besar memerlukan pemain nombor 9 sekarang, tiada siapa harus menolak tawaran wang besar bagi Haaland pada Januari 2022.

Pada masa sama, tiada siapa patut menyalahkan Haaland jika dia memilih untuk meninggalkan Dortmund memandangkan dia layak berada di pentas terbesar yang mana peluang tersebut sudah dirampas daripadanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram