PENYERANG berbisa Selangor, Ifedayo Olusegun menjadi buruan dua kelab utara dan selatan tanah air.
Pemain berusia 30 tahun itu tampil cemerlang bersama skuad Red Giants pada musim ini dengan meledakkan 25 gol dalam 22 perlawanan Liga Super.
Aksinya cemerlangnya itu sekali gus memikat dua kelab dari utara dan selatan yang mahu memperkukuhkan jentera serangan bagi menghadapi musim baharu tahun depan.
Kedah antara kelab yang berminat mendapatkan khidmat Ifedayo, sebagai persediaan menggantikan Baddrol Bakhtiar yang dikaitkan perpindahan ke Sabah.
Bagaimanapun difahamkan, Kedah sedia mengorbankan penyerangnya, K. Sherman sebagai pemain pertukaran bagi mendapatkan tandatangan Ifedayo.
Sherman tampil beraksi sebanyak 17 perlawanan bersama Kedah pada musim ini dan menjaringkan 13 gol.
Namun Kedah perlu bersaing dengan semi finalis Piala Malaysia, Melaka United yang juga dilaporkan mahu mendapatkan khidmat Ifedayo.
Kehadiran Ifedayo ke Melaka dijangka mampu memberi ketajaman di jentera serangan yang dibarisi pemain muda.
Pengalamannya akan dapat membantu Melaka United untjk bersaing dengan lebih sengit pada Liga Super tahun depan.
Sepanjang 22 perlawanan Liga Super musim ini. Melaka menjaringkan 25 gol dan bolos 31 untjk menduduki tangga kelapan dengan 21 mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram