Solskjaer perjelas kenapa selalu pakai taktik sama


  • Podium
  • Sabtu, 20 Nov 2021

SOLSKJAER mendedahkan mengapa beliau cenderung menggunakan taktikal dan formasi sama sepanjang mengendalikan Man United. — Agensi

OLE Gunnar Solskjaer mendesak Manchester United supaya perlu bangkit menentang Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu (pukul 11 malam waktu Malaysia) dengan semangat membara untuk kembali menebus kekalahan dalam beberapa perlawanan yang lalu.

Menurut pengurus The Red Devils itu, gaya permainan Man United sepatutnya sama tanpa mengira formasi mereka.

Solskjaer dijangka membuat perubahan taktikal apabila kembali menggunakan empat pertahanan semasa berdepan Watford selepas memulakan tiga perlawanan terakhir dengan tiga bek.

Walaupun Man United menang dengan formasi sebegitu ketika berdepan Tottenham, mereka gagal memecah kebuntuan dengan formasi sama ketika berdepan Atalanta sebelum Solskjaer kembali menggunakan empat pertahanan pada separuh masa ketika tewas kepada Man City.

"Keputusan dan prestasi menentang Tottenham adalah baik tetapi ia bukan seperti yang kami mahu.

"Anda boleh mempunyai gaya permainan yang sama dengan sistem atau formasi yang berbeza, ia adalah pelaksanaan tentang cara anda mendekati permainan dan cara kami menetapkan gaya permainan itu," kata Solskjaer.

Tambahnya lagi, formasi tiga pertahanan sentiasa kelihatan tidak mampan dengan kelebihan penyerang dalam skuad Man United, terutamanya selepas penambahan Jadon Sancho dan Cristiano Ronaldo pada musim panas lalu.

Jelas Solskjaer, perkara utama dalam perlawanan adalah cara menyerang bola sepak yang diberikan berikan pemain.

Ia katanya, merupakan ruang untuk pemain menunjukkan bakat mereka dalam rangka kerja yang dimainkan dan ditetapkan.

"Jika formasi itu 3-5-2, 3-5-3, 4-4-2, 4-2-3-1, ia tidak begitu penting. Ia adalah perincian dan strategi yang kami berikan untuk setiap perlawanan.

"Tetapi kami telah bekerja beberapa tahun kebelakangan ini dengan dua cara berbeza dengan tiga bek dalam dua perlawanan terakhir dan majoriti permainan memang menggunakan 4-2-3-1," ujarnya,

Solskjaer turut menambah, pihaknya terpaksa membuat beberapa pelarasan kecil dalam beberapa minggu lalu kerana beberapa isu berkaitan pemain.

"Saya sentiasa mahu melihat pasukan Man United pergi ke padang dengan mendominasi permainan dan itulah yang mungkin mendorong saya untuk mengatakan apa yang saya lakukan selepas perlawanan menentang Man City.

"Saya tidak mahu melihat pasukan saya menunggu di sana, kami lebih suka berada di hadapan dan jika ada pasukan lebih baik daripada kami, kadangkala anda perlu menerima apa jua keputusan," kongsinya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram