VIDEO pergaduhan dua lelaki dipercayai warga emas mencetus tanda tanya ramai pihak yang cuba merungkai punca kenapa perkara itu berlaku.
Dalam kejadian yang berlaku dilokasi yang tidak dinyatakan itu, dipaparkan dua lelaki sedang bergaduh di hadapan sebuah kedai makan menggunakan kerusi sebagai senjata.
Video berdurasi 13 saat itu juga menunjukkan salah seorang lelaki (berbaju putih) yang bergaduh melarikan diri selepas dipukul berkali-kali menggunakan kerusi.
Lelaki itu juga kelihatan berada dalam kesakitan ekoran menahan pukulan agresif tersebut.
Dikongsi oleh pemilik akaun Facebook, Bensa Sulaiman, dia menulis dalam statusnya, beranggapan bahawa kedua-dua lelaki itu bergaduh kerana berebut janda.
"Pak cik bergaduh berebut janda agaknya..sekadar kemungkinan sahaja.
"Dengar cerita sudah jadi kes polis. Tunggu sahaja esok mesti keluar kes di Facebook," tulisnya.
Ramai netizen turut meninggalkan komen berpendapat pada usia sedemikian, kedua-dua individu tersebut tidak seharusnya melakukan perkara tersebut.
Ada juga netizen yang mengatakan bahawa mereka bergaduh bukan kerana janda tetapi salah seorang daripada mereka bengang kerana sering dipaksa belanja makan. —Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram