Kecederaan 'misteri' Henderson resahkan Liverpool


  • Podium
  • Isnin, 15 Nov 2021

KECEDERAAN yang dialami Henderson mengundang teka-teki dalam kalangan peminat Liverpool. — Agensi
KELMARIN, kapten Liverpool, Jordan Henderson beraksi cemerlang membantu England dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang Albania.

Dalam perlawanan tersebut, England menang 5-0 dan Henderson menjaringkan satu gol serta membantu jaringan gol lain.

Namun, secara tiba-tiba Henderson telah digugurkan daripada skuad kebangsaan dan kembali ke Liverpool selepas dikatakan mengalami kecederaan.

Sepanjang perlawanan bersama Albania, Henderson bermain penuh 90 minit dan tidak menunjukkan sebarang tanda kecederaan semasa perlawanan.

Malah, England juga tidak memaklumkan secara terperinci mengenai kecederaan yang dialami kapten Liverpool itu.

Dalam pada itu, Liverpool berharap kecederaan yang dialami oleh Henderson tidak serius apatah lagi beberapa pemain tengah pasukan itu juga sebelum ini mengalami kecederaan.

Sebelum ini, Sadio Mane juga mengalami kecederaan ketika beraksi bersama negaranya, Senegal dalam perlawanan menentang Togo.

Liverpool menarik nafas lega apabila kecederaan yang dialami oleh Mane tidak begitu serius dan berharap situasi sama juga berlaku pada Henderson. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram