Cemas budak perempuan diterkam anjing, sempat dirakam pengguna TikTok


  • Tular
  • Isnin, 15 Nov 2021

TANGKAP layar video kejadian yang menunjukkan kanak-kanak tersebut diterkam anjing terbabit yang tular di TikTok. — TikTok

SEBELUM ini, sudah banyak kali isu berkaitan individu yang menjadi mangsa sama ada dikejar atau digigit anjing menjadi bahan perbualan di media sosial.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama Queen memuat naik sebuah video yang memaparkan seekor anjing yang cuba menerkam seorang kanak-kanak di sebuah taman rekreasi awam.

Turut kelihatan ialah dua wanita yang dipercayai merupakan empunya anjing tersebut.

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna TikTok, Fedrick Ding menganggap perkara itu bukan satu bahan lawak tetapi boleh membahayakan orang lain.

"Kepada rakyat Malaysia yang membawa anjing ke taman, ikatlah haiwan tersebut dengan tali supaya tidak jadi begini.

"Kalau anjing itu agresif, ia sangat membahayakan. Tak pasal anak orang kena gigit.

"Kena berjaga-jaga semasa bawa anjing ke tempat awam walaupun anjing itu kecil. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna TikTok, Aqilahmed berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut boleh mengambil tindakan saman kerana anjing itu telah mengganggu orang lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Taman awam, Anjing, Gigit, Kanak-kanak, TikTok