Solskjaer masih perlukan Martial


  • Podium
  • Isnin, 15 Nov 2021

MARTIAL mempunyai rekod yang baik ketika menentang Watford semasa di Old Trafford. — Agensi

BUKAN sahaja gah pada nama, musim ini kelab Manchester United sebenarnya mempunyai barisan pemain yang berpotensi menyumbang kemenangan dan salah seorangnya adalah Anthony Martial.

Bagaimanapun, pemain penyerang itu tidak beraksi untuk Manchester United sejak mengalami kecederaan dalam perlawanan seri 1-1 menentang Everton di Old Trafford pada Oktober.

Martial juga berada di bangku simpanan untuk perlawanan menentang Atalanta dan Manchester City, tetapi Ole Gunnar Solskjaer tidak memilih dia untuk diturunkan.

Tidak tahu mengapa, pilihan Solskjaer dalam menyusaun barisan kesebelasan utama mahupun menggantikan pemain di padang amat membingungkan.

Malah, dia seolah tidak melihat kewujudan pemain asal Perancis itu meskipun dia mempunyai rekod yang baik ketika menentang Watford semasa di Old Trafford.

Sejak menyertai The Reds Devils pada 2015, satu-satunya pasukan yang Martial menang lebih banyak ketika diturunkan berbanding Watford ialah Everton.

Dalam sembilan perlawanan menentang Hornets, pemain antarabangsa Perancis itu telah menang tujuh kali, manakala menentang Everton dia menang lapan kali dalam 13 perlawanan.

Dia juga menjaringkan lebih banyak gol dalam kariernya menentang Southampton (5), West Ham (6) dan Everton (7).

Martial berharap dapat menyamai lapan kemenangan Evertonnya menentang Watford dengan kemenangan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Vicarage Road pada hari Sabtu, 20 November.

Selepas Solskjaer membuat kejutan dan membawa Martial menentang Everton. mungkin dia boleh melakukan sesuatu yang serupa berdepan Watford nanti.

Untuk rekod, Martial masih belum beraksi dengan Manchester United bersama Cristiano Ronaldo atau Jadon Sancho.

Jika itu berlaku, dia berkemungkinan bakal menjadi trio penyerang menentang Watford, manakala Jesse Lingard berkemungkinan diletakkan sebagai pemain tengah.

Selain Ronaldo, tiga yang lain belum dipanggil untuk tugasan antarabangsa, jadi mereka akan menghadapi jadual padat dengan sembilan perlawanan dalam tempoh 29 hari.

Justeru, Solskjaer tidak akan mempunyai pilihan selain menggilirkan skuadnya.

Berkemungkinan akan ada peluang untuk Martial kembali beraksi dan dia boleh diberikan satu lagi kejutan untuk kunjungan ke Watford. pada Sabtu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram