CUBAAN seorang penjenayah membunuh dan merompak di Kampung Nalapak, Ranau Sabah berjaya digagalkan apabila ditangkap oleh penduduk kampung pada Isnin.
Suspek yang dipercayai merupakan penduduk tanpa izin (PATI) telah menimbulkan kemarahan penduduk kampung tersebut ekoran kejadian suspek memecah masuk dan mencuri wang di sebuah kedai di Kampung Nalapak.
VIDEO yang tular di media sosial.
Dalam video berdurasi dua minit 50 saat itu menerangkan bahawa suspek juga melakukan cubaan membunuh terhadap seorang wanita yang dipercayai ibu saudara kepada salah seorang penduduk kampung itu.
"Kalau kau tiada duit, bagitau sahaja, Pasti kami akan tolong. Sedangkan kucing dan anjing pun kami boleh tolong, inikan lagi manusia", ujar salah seorang penduduk kampung dalam video tersebut
Menerusi perkongsian laman Facebook Gyr Sincerity itu menunjukkan PATI tersebut dikerumuni oleh penduduk kampung dan disoal siasat oleh mereka.
Berdasarkan komen dari salah seorang warganet, Fariz Moore mengatakan PATI di Sabah terlalu berani menjelajah Sabah dan memudaratkan keselamatan rakyat di negeri itu.
"Kerajaan pula patut bertindak dengan lebih agresif untuk keselamatan rakyat," tambah Fariz Moore.
Video itu telah dikongsi sebanyak 118 perkongsian dan menerima 176 likes sebelum dihilangkan dari tatapan umum.
Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram