[VIDEO] Ibu lepas bersalin boleh 'workout', cuma perlu kenali badan sendiri ketika berpantang


  • Sihat
  • Jumaat, 08 Ogos 2025

Nadia Valentina (kiri) menegaskan bahawa setiap individu adalah berbeza dan wanita selepas bersalin digalakkan berbincang terlebih dahulu dengan doktor sebelum melakukan senaman.

 

 

KEBIASAANNYA, seseorang wanita memerlukan masa untuk pulih dan kembali bertenaga semasa tempoh selepas bersalin dengan mereka akan digalakkan untuk banyak berehat di rumah sambil melakukan rutin pantang.

Bagaimanapun, tanggapan bahawa wanita perlu berehat sepenuhnya selepas melahirkan anak itu juga boleh berubah susulan aktiviti fizikal ringan sebenarnya digalakkan bergantung kepada tahap kesihatan dan nasihat pakar.

Menurut pelatih kecergasan wanita iaitu Nadia Valentina Siew Shan-Li, faktor seperti jenis kelahiran, kualiti tidur, pemakanan, serta tahap kecergasan sebelum dan semasa kehamilan memainkan peranan penting dalam menentukan bila seseorang boleh mula bersenam semula.

BACA LAGI: Bukan semata-mata nak kurus, ramai wanita dapat khidmat pelatih peribadi kerana mahu main bersama anak

BACA LAGI: [VIDEO] Beri tulang ayam kepada gelandangan bukan eksperimen sosial — Sam Wong

"Ada perbezaan antara melahirkan secara normal atau pembedahan cesarean. Jika anda mempunyai pilihan untuk melahirkan secara natural, pemulihan anda lebih cepat.

"Selepas melahirkan kalau secara natural, saya rasa selepas tiga minggu, atau selepas dua minggu, anda boleh mula berlatih. Tetapi pada akhirnya, ia semua bergantung pada doktor anda," katanya kepada Majoriti.

Namun begitu, pelatih berusia 34 tahun itu menegaskan bahawa setiap individu adalah berbeza dan wanita selepas bersalin digalakkan berbincang terlebih dahulu dengan doktor sebelum memulakan sebarang rutin kecergasan.

 

 

 

Senaman Semasa Hamil Memberi Kelebihan

Nadia Valentina turut berkongsi pengalamannya melatih wanita mengandung sehingga seminggu sebelum bersalin termasuk latihan beban ringan dan menyatakan bahawa senaman semasa hamil sebenarnya membantu mempercepatkan pemulihan selepas bersalin.

"Apabila anda mengandung, sebenarnya anda mesti work out. Jika anda melahirkan anak nanti, ia akan memudahkan proses bersalin. Penyelidikan lain menunjukkan bahawa anda mesti work out untuk memperkuatkan pevlic floor anda. Sebelumnya.

"Saya pernah melatih wanita yang masih melakukan senaman beban seminggu sebelum melahirkan. Selepas bersalin, mereka mudah untuk kembali aktif kerana tubuh mereka sudah bersedia," jelasnya.

Tiada Lagi 'Pantang' Ketat Seperti Dahulu

Jika kita soroti proses selepas bersalin pula, kelompok ibu sering dihadkan dengan pelbagai pantang larang fizikal lagi-lagi dalam budaya tradisional termasuklah larangan bergerak aktif.

Namun menurut Nadia Valentina, pendekatan moden dan berasaskan sains menyokong aktiviti fizikal ringan seperti berjalan atau regangan selepas kelahiran dengan syarat tiada komplikasi.

"Badan semua wanita berbeza-beza. Mungkin beberapa orang memerlukan tiga minggu untuk berehat dan ada juga yang memerlukan empat minggu dan bahkan lima minggu. Jika anda okey, saya rasa anda boleh teruskan.

"Zaman sekarang berbeza. Dulu kalau pantang, tidak boleh memakai ini, tidak boleh memakai itu. Benda itu betul tapi hakikatnya kita boleh work out. Yang penting, dengar nasihat doktor dan kenali tubuh sendiri," kongsinya.

Ibu bersalin kelompok ibu sering dihadkan dengan pelbagai pantang larang fizikal lagi-lagi dalam budaya tradisional. — Chatgpt

Latihan Bantu Pulih Emosi dan Mental

Nadia Valentina turut menekankan bahawa senaman bukan hanya memberi kesan fizikal, malah bermanfaat untuk kesihatan mental, terutama bagi ibu yang berdepan risiko kemurungan selepas bersalin (postpartum depression).

"Saya rasa ia akan membantu kerana ia benar-benar menghalang fikiran anda kerana saya faham wanita yang tidak sempat berlatih mereka mempunyai depresi setelah berlatih. Mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan work out sangat membantu," ujarnya.

Pelatih kecergasan dari Kuala Lumpur itu mencadangkan aktiviti ringan seperti berjalan selama lima minit, atau mencuba teknik menarik seperti berjalan ke belakang sebagai permulaan untuk mengaktifkan semula tubuh.

Capai ‘Body Goals’? Bergantung pada Disiplin

Bila ditanya berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapatkan semula bentuk badan selepas bersalin, Nadia Valentina menjelaskan bahawa tiada jawapan tetap kerana ia bergantung pada disiplin, pemakanan, rehat dan gaya hidup seseorang.

"Ada yang ambil masa tiga bulan, enam bulan, malah setahun. Yang penting konsisten, jaga pemakanan, tidur, dan kekalkan tabiat sihat," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram