
PENGALAMAN membesar dalam keluarga yang serba kekurangan boleh meninggalkan kesan yang mendalam buat seseorang dari sudut kewangan, cara berfikir dan juga bertindak.
Walaupun seseorang itu sudah berjaya keluar dari kepompong kemiskinan dan kini berada dalam hidup selesa, kesan membesar dalam keadaan serba kekurangan sebenarnya tidak mudah hilang.
Ia bukan sekadar memori silam tetapi mampu membentuk tabiat dan pandangan berbeza dalam kehidupan.
BACA LAGI: 'Cinta tak kenal usia', wanita Malaysia lebih terbuka, selesa bersuamikan lelaki lebih muda
Namun, ia bukan tanda kelemahan, sebaliknya mencerminkan bagaimana pengalaman lampau boleh membentuk sistem pertahanan diri secara tidak sedar.
Berikut adalah lima tabiat yang sering dikaitkan dengan mereka yang membesar dalam persekitaran serba kekurangan:
1. Sukar membuang barang lama
Barangan seperti bekas makanan, beg plastik atau kabel lama disimpan kerana dianggap masih boleh digunakan.
Bagi mereka, setiap barang ada nilainya dan membuang sesuatu yang kemungkinan berguna dianggap satu pembaziran.
Tabiat itu berpunca daripada sikap berjimat cermat sejak kecil apabila mereka dibiasakan untuk menggunakan segala yang ada dengan sebaik mungkin.
2. Rasa bersalah berbelanja untuk diri sendiri
Walaupun mampu, mereka sering teragak-agak untuk membeli sesuatu yang tidak penting.
Pembelian untuk keselesaan diri seperti pakaian baru, makanan enak atau aktiviti santai boleh menimbulkan rasa tidak selesa atau bersalah dalam diri.
Ini berlaku kerana mereka dibesarkan dalam suasana yang meletakkan keperluan asas jauh lebih penting daripada kehendak peribadi.
Individu yang membesar dalam rumah yang memiliki makanan terhad cenderung untuk makan dengan cepat.