[VIDEO] 'Saya menggeletar sampai sekarang', wanita trauma aurat terdedah, lelaki selamba dibenar masuk baring katil sebelah di spa Puchong


  • Gaya
  • Ahad, 13 Jul 2025

Spa seharusnya menyediakan ruang selamat dan privasi buat wanita. — Gambar Hiasan

SEORANG pelanggan wanita meluahkan rasa trauma selepas mendapati auratnya terdedah ketika menjalani rawatan wajah di sebuah spa uniseks di Puchong.

Wanita itu, Fizza Fiza menerusi satu rakaman video yang dimuat naik ke media sosial meluahkan rasa marah dan kecewa apabila seorang pelanggan lelaki dibenarkan masuk dan berbaring di katil sebelahnya ketika sesi rawatan masih berlangsung.

“Saya tengah berkembang, tudung pun tak pakai. Tiba-tiba ada lelaki masuk dan duduk betul-betul sebelah saya. Katil tak sampai sejengkal. Saya shaking sampai sekarang,” katanya.

BACA LAGI: Kasih tanpa sempadan, Nurul Asma jadi ibu susuan 9 anak kecil tanpa mengharapkan ganjaran

BACA LAGI: Michelle Yeoh suara latar watak ibu dalam filem animasi Ne Zha 2, catat rekod kutipan tiket RM4.7 bilion di China dalam masa 2 minggu

Menurut Fizza, kejadian tersebut berlaku ketika beliau sedang menjalani rawatan penjagaan kulit di sebuah spa yang disangkakan jelas tentang aurat wanita.

Apabila staf meminta maaf, Fizza menegaskan bahawa isu itu bukan sekadar soal permohonan maaf, sebaliknya melibatkan sensitiviti aurat wanita yang sepatutnya difahami dengan jelas oleh pihak spa.

"Bukan pasal maaf, tapi pasal aurat," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa spa seharusnya menjadi ruang selamat dan privasi buat wanita.

"Spa sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk wanita terutama apabila melibatkan aurat.

"Yang lagi sedih, staf buat macam benda ini normal," katanya.

Lebih mengecewakan, di rakaman video, staf spa berkenaan memaklumkan bahawa perkara tersebut bukan satu isu kerana spa berkenaan sememang beroperasi secara uniseks.

“Saya minta maaf, tapi spa kami memang uniseks. Kalau awak pergi mana-mana pun, aurat bukan masalah. Most of them okay,” jawab seorang staf spa tersebut dalam video yang dirakam Fizza.

Kenyataan itu bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati warga maya yang rata-rata menyokong tindakan Fizza serta mempertikaikan tahap sensitiviti pihak spa terhadap pelanggan wanita Muslim.

"Even non-Muslim spa pun ada bilik berasingan untuk lelaki dan wanita. Ini tak masuk akal langsung," kata Aleezmil

"Maaf cakap, tetapi saya yang non-Muslim pun tak selesa kalau jadi macam ni. Dengan perempuan pun saya malu nak berkemban, inikan pula dengan lelaki," tulis Christy Kewyee

Seorang lagi pengguna, Fazlove pula membangkitkan soal keselamatan pelanggan. 

"Aurat tu satu hal, keselamatan pelanggan pun penting. Bayangkan kalau mata tertutup, tiba-tiba lelaki tu bangun dan datang dekat. Seram weh! Sepatutnya spa letak disclaimer awal-awal kalau konsep uniseks," katanya.

Pengguna, Nrdba21 pula menyarankan wanita Muslim untuk memilih spa yang diusahakan secara khusus untuk wanita Muslimah.

“Nak selamat, cari spa memang muslimah punya. Insya-ALLAH aurat terjaga. Kena pandai tanya dan buat pilihan," katanya. 

Setakat berita ini ditulis, spa berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram