
PELAKON terkenal, Nikita Willy menyambut ulang tahun kelahirannya ke-31 dengan penuh makna apabila memilih untuk bercuti bersama keluarga kecilnya di destinasi indah, Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Dalam perkongsian di laman Instagram, Nikita memuat naik beberapa momen istimewa ketika bercuti termasuk kejutan sambutan hari lahir yang diraikan bersama keluarga tercinta.
Turut dilihat, ibu dan bapanya juga hadir memeriahkan momen tersebut.
BACA LAGI: Analisis tahi telinga, ujian bau badan antara cara awal kesan penyakit Parkinson
Mereka dilihat menikmati makan malam bersama di sebuah resort mewah yang terletak di Labuan Bajo.
Suasana santai, pemandangan laut yang memukau dan suasana malam romantis menjadi latar sempurna bagi sambutan ulang tahun itu.
“Beberapa tempat tidak hanya menawarkan tempat menginap, tetapi juga memberi kamu momen-momen istimewa. Pagi yang santai di tepi laut, tertawa sambil menikmati donut, makan malam di bawah bintang-bintang," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut menerima pujian ramai apabila Nikita dilihat mengutamakan waktu berkualiti bersama orang tersayang meskipun dalam kesibukan kerjayanya sebagai selebriti.
"Positif vibes sangat keluarga ini," tulis Hanifahrazan.
"Semoga bahagia selalu Niki," tulis Emil Kurnia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram