Keperibadian, kebijaksanaan anak-anak terbentuk hasil didikan ibu bapa? Ada setuju, ada pula sebaliknya


  • Bonda
  • Jumaat, 04 Jul 2025

Ibu berperanan penting dalam membentuk peribadi anak-anak. — Gambar Hiasan

"ANAK-ANAK adalah cerminan bagi ibu bapa."

Itulah mesej yang cuba disampaikan oleh seorang ibu, Victoria Maria Yavnyi menerusi satu hantaran di Facebook yang menyentuh peranan ibu bapa dalam membentuk peribadi anak-anak baru-baru ini.

Dalam hantaran tersebut, Victoria menegaskan bahawa sikap, nilai dan tindakan ibu bapa akan memberi kesan langsung kepada perkembangan anak.

“Jika anda mahu mereka jadi penyayang, tunjukkan kasih sayang. Jika mahu bijak, ajarlah mereka.

"Setiap kata, setiap pujian, cara kita melihat mereka... semua itu akan membentuk suara hati mereka. Dan cara kita melayan mereka, akan menjadi cara mereka melayan diri sendiri,” tulis Victoria.

BACA LAGI: Kate Middleton terbuka kongsi liku-liku sembuh dari kanser, akui fasa pemulihan paling sukar

BACA LAGI: Sudahlah dipaksa kahwin dengan jiran sendiri untuk lunas hutang, wanita disepak terajang, alami keguguran

Pandangan itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Ada yang bersetuju, namun tidak kurang juga mempersoalkannya.

Seorang pengguna, Adrienne Marie kurang bersetuju dengan ayat tersebut kerana beranggapan bahawa setiap anak memiliki keunikan tersendiri.

"Saya tidak bersetuju. Anak-anak bukan milik mutlak kita. Mereka ada fikiran dan kehendak sendiri,” tulis Adrienne.

Tambah Adrienne, ibu bapa hanya boleh membimbing dan menunjukkan jalan yang betul, namun pada akhirnya, anak-anak akan membuat pilihan mereka sendiri.

“Fikirkan kembali... sejauh mana ibu bapa kita mempengaruhi tingkah laku kita sekarang sebagai dewasa?," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, Nurse Thomas menekankan kepentingan kehadiran kedua-dua ibu dan bapa dalam proses membesarkan anak.

“Kedua-dua ibu bapa perlu hadir secara emosi dan mental dalam mendidik anak. Ramai anak dibesarkan oleh ibu bapa tunggal yang masih belum sembuh dari luka lalu. Percayalah, trauma itu akan diwarisi oleh anak-anak,” katanya.

Beliau turut menyentuh isu kesihatan mental dan trauma yang jika tidak diatasi akan memberi kesan jangka panjang terhadap kestabilan emosi anak.

Keeta Demer pula menyokong kenyataan Victoria dengan beranggapan bahawa pendidikan awal akan memberi kesan besar kepada anak.

“Jika anda tanam benih yang baik, hasilnya akan tenang dan damai. Tetapi jika tanam rumput liar, akarnya akan sukar dikawal dan penuh masalah,” tulis Keeta.

Aleah Meggs pula berasakan ibu bapa perlu menunjukan sifat hormat yang tinggi kepada anak sebagai satu bentuk didikan.

“Jika mahu anak hormat pada orang lain, tunjukkan hormat pada mereka terlebih dahulu. Kita sering terlepas pandang bahawa cara kita membesarkan anak kadang-kadang bersifat toksik dan merendahkan mereka," katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram