[VIDEO] Anak Wawa sedih kek batik dikritik, ini masanya ibu bapa main peranan, jelas realiti bisnes


  • Bonda
  • Rabu, 11 Jun 2025

Hayla kini semakin rancak mengusahakan perniagaan kek batik hasil air tangannya. Gambar/Instagram @ @hayla_family

"MAMA kuat, tapi bila tengok Hayla menangis, mama tak kuat,"

Itu luahan hati pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal yang tampil mempertahankan anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa selepas kanak-kanak itu menerima kecaman hebat berhubung jualan kek batik hasil air tangannya sendiri.

Segalanya bermula apabila sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pengguna membuat ulasan tentang kek batik yang dijual Hayla menjadi tular.

BACA LAGI: Ramai tak tahu, cara 'scroll', pegang telefon pintar dedah sisi tersembunyi personaliti anda

BACA LAGI: Jika kerap makan gelojoh, tiada variasi menu, tiba-tiba masanya ubah tabiat buruk ini, elakkan risiko kesihatan.

Video tersebut bukan sahaja memuatkan kritikan pedas, malah turut mengundang ribuan komen negatif terhadap Hayla, walaupun usianya masih muda dan baru sahaja belajar berniaga.

Wawa, yang selama ini terkenal dengan sikap tenang, mengakui beliau tidak mampu menahan perasaannya apabila melihat anak kesayangannya menangis akibat kecaman tersebut.

“Hari ini viral dekat TikTok, ada orang buat video rate kek batik Hayla dan komen beribu kecam Hayla.

"Mama sanggup tebalkan muka direct message (DM) orang tu bagi padam video tu. Mama tak sanggup anak mama kena hina," tulis Wawa dalam perkongsian di media sosialnya.

Walaupun kecewa, Wawa tetap memberikan semangat kepada anaknya.

"Sedaplah kek batik Hayla, mama suka. Jangan menangis, ya sayang," katanya bagi menenangkan Hayla.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya tampil memberikan kata-kata semangat buat Hayla.

"Sedap macam mana pun, mesti ada yang tak kena pada tekak orang yang tak suka kek batik. Anggap saja orang itu bukan penggemar kek awak, dik. Nak berniaga kena kuat . Maju terus, jangan menoleh ke belakang," tulis Aryani Ali .

"Di sinilah peranan kita sebagai ibu bapa untuk menerangkan realiti dunia perniagaan lagi-lagi makanan. Tak semua makanan dapat memenuhi selera orang. Adatlah itu, bukan sebab tak sedap," kata Nurien Arin

"Allahu... patut bagi semangat pada anak kecil ni. Sekurang-kurangnya, dia ada usaha. Bagi nasihat supaya dia perbaiki kek batik dia. Bukan hina dan kecam," tulis Yaya Hadalittlegram Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram ,