
APABILA ibu bapa semakin berusia, ramai dalam kalangan kita mula berasa janggal atau sukar untuk mengekalkan hubungan rapat seperti dahulu.
Masa yang dahulu banyak dihabiskan bersama kini diganti dengan komitmen kerja, keluarga dan urusan harian yang tidak pernah habis.
Tanpa disedari, jarak bukan hanya diukur dalam kilometer tetapi dalam perhatian, empati dan masa.
BACA LAGI: Ramai tak tahu, cara 'scroll', pegang telefon pintar dedah sisi tersembunyi personaliti anda
Persoalannya, adakah usia mereka yang menjadi halangan atau sebenarnya beberapa tabiat lama yang masih kita pegang menjadi punca renggangnya hubungan ini?
Berikut ialah tujuh tabiat halus yang mungkin menjadi penghalang utama dalam menjalin hubungan yang lebih erat dengan ibu bapa:
1. Kurang Sabar
Di zaman serba pantas ini, kita mudah hilang sabar apabila ibu bapa lambat faham teknologi, perlukan penerangan yang berulang atau melakukan sesuatu dengan kadar perlahan.
Hakikatnya, ketidaksabaran kita boleh membuat mereka rasa tidak dihargai dan menyumbang kepada jurang emosi.
Namun, perlu diingatkan bahawa semakin kita hilang sabar, mereka mungkin terasa tidak dihargai.
Sedangkan apa yang mereka perlukan hanyalah ruang untuk difahami.
Sebelum menunjukkan emosi kepada ibu bapa, seseorang perlulah mengingatkan kepada diri sendiri bahawa kita juga akan menjadi tua suatu hari nanti.
2. Tidak meluangkan masa
Kita sering terperangkap dengan kerja, komitmen sosial dan hobi sehingga tidak menyedari bahawa ibu bapa semakin terpinggir.
Sedangkan, masa adalah hadiah paling berharga buat mereka.
Bukan soal hadiah mahal, tetapi perhatian ikhlas yang diberikan seperti minum kopi bersama, berbual atau hanya duduk mendengar cerita lama mereka.
Jangan tunggu hingga terlambat untuk mengungkapkan kasih sayang atau penghargaan buat ibu bapa. — Gambar Hiasan
3. Mengelak perbualan sukar
Topik seperti kesihatan, penjagaan jangka panjang atau akhir hayat sering dielakkan kerana dianggap sensitif.
Tetapi menafikan realiti itu hanya akan membuatkan kita tidak bersedia saat ia benar-benar berlaku.
Beranikan diri untuk berbincang secara terbuka mungkin sukar, tetapi itulah tanda kita benar-benar peduli.
4. Mengambil mereka sebagai satu kepastian
Kita sering menganggap ibu bapa akan sentiasa ada untuk kita, sedangkan hakikatnya, masa bersama mereka tidak kekal.
Apabila terlalu selesa dengan kehadiran mereka, kita mudah lalai untuk menghargai mereka sepenuhnya.
Jangan tunggu hingga terlambat untuk mengungkapkan kasih sayang atau penghargaan.
5. Memandang rendah pengalaman hidup mereka
Kadangkala kita lupa, ibu bapa telah hidup lebih lama dan melalui lebih banyak cabaran daripada kita.
Cerita dan nasihat mereka bukan sekadar kenangan tetapi ia sarat dengan pengajaran.
Dengarlah dengan hati terbuka kerana kita mungkin temui hikmah yang tak ternilai.