
MASIH ramai kalangan masyarakat kita terlepas pandang hukum atau adab dalam mengambil daging korban.
Tiada istilah tolong melapah menjadi upah kepada sesetengah individu yang inginkan beberapa bahagian istimewa seperti ekor, lidah atau mana-mana organ dalaman daging korban.
Menurut kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum memberi upah atau saguhati dalam bentuk wang kepada penyembelih adalah diharuskan dengan syarat wang tersebut dibayar daripada duit penganjur.
BACA LAGI: [VIDEO] ‘Main’ kereta tak kenal Wataru Kato baik tak payah, sentuhan Liberty Walk pukau ribuan mata
BACA LAGI: [VIDEO] 'Ayam dan itik tak sah korban, bukan semua binatang 4 kaki kategori haiwan An'aam'
Lebih afdal jika kita sentiasa mensyukuri apa sahaja pemberian sedekah daging korban.
Ini bermaksud, upah sembelih atau melapah perlu ambil dari tuan rumah dan bukannya dari tampahan peribadi mana-mana bahagian daging korban.
Malah mengambil bahagian daging sama ada tanpa atau dengan persetujuan tuan rumah sebagai upah menolong, hukumnya haram dimakan.
Menurut, al-Imam Taqiyuddin al-Syafi`i di dalam kitabnya Kifayah al-Akhyar: “Tidak boleh dijadikan bahagian dari kurban itu sebagai upah untuk penyembelih walaupun kurban itu adalah kurban sunat.
Oleh itu, lebih afdal jika kita sentiasa mensyukuri apa sahaja pemberian sedekah daging korban, tidak kira mana-mana bahagian asalkan pemberian tuan rumah itu ikhlas dan kita juga ikhlas menerimanya bagi mendapat keredaan ALLAH SWT.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram