
PELAKON dan pengacara popular, Qi Razali akhirnya menamatkan zaman bujangnya pada usia 48 tahun apabila selamat bergelar suami kepada seorang wanita dalam satu majlis pernikahan tertutup yang berlangsung pada Ahad.
Berita gembira itu dikongsikan pengacara terkenal, Fedtri Yahya menerusi satu hantaran di laman X (Twitter) miliknya pada hari yang sama.
"Mengacarakan majlis pernikahan Babah, Qi Razali dan Wardah," tulisnya.
BACA LAGI: Syukur dalam rindu, pensyarah cabar diri keluar zon selesa ketika imbau kenangan di awan biru
BACA LAGI: Dari hujah mahkamah ke doa liang lahad, Siti Rasidah teruskan legasi ibu galas tugas uruskan jenazah
Menariknya, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Wardah, turut menjadi tumpuan apabila memilih untuk menyolek dirinya sendiri pada hari bahagia mereka. Difahamkan, Wardah merupakan seorang jurusolek profesional.
"Disebabkan pengantin perempuan seorang jurusolek, jadi dia solekkan dirinya sendiri," tambah Fedtri.
— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) May 25, 2025
Pasangan itu kelihatan serasi dan anggun mengenakan busana pengantin serba putih dalam majlis akad nikah yang diadakan secara sederhana.
Difahamkan, majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup di Gopeng, Perak itu dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja.
Rata-rata peminat menzahirkan ucapan tahniah di media sosial serta mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut. Ramai yang teruja melihat Qi akhirnya menamatkan zaman solo setelah sekian lama bergelar 'bachelor paling eligible' dalam industri hiburan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram