Dua beradik lemas main tepi kolam ikan, ibu leka masak di dapur terkilan hanya dapat pangku jasad anak di Sumatera Barat


  • Relaks
  • Isnin, 12 Mei 2025

Dua anak kecil ditemui lemas berhampiran kolam ikan di Desa Muaro Kiawai, Sumatera Barat.

HATI ibu mana yang tidak luluh apabila dua cahaya mata yang ditatang bagai minyak penuh pergi meninggalkannya dalam sekelip mata. 

Itulah yang dilalui seorang ibu muda, Marini, apabila kedua-dua anak kecilnya ditemui lemas di dalam kolam ikan berhampiran rumah mereka pada pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian menyayat hati itu, dua beradik, Caye Gimilang, 4, dan Anggun Fayola, 2, dilaporkan keluar bermain di kawasan belakang rumah sekitar pukul 8 pagi ketika ibu mereka sedang sibuk memasak. 

BACA LAGI: [VIDEO] Elak anak tantrum berjam-jam lamanya di tempat awam, ini persediaan penting buat ibu bapa ketika perjalanan jauh

BACA LAGI: Dahlia Rizal 'salute' ibu bersalin czer, dedah hampir hilang nyawa demi lahirkan anak sulung, sempat titip kata semangat buat pejuang TTC

Namun, suasana tenang itu bertukar cemas apabila Marini menyedari kedua-dua anaknya hilang dari pandangan.

Usaha mencari segera dilakukan dan sekitar pukul 8.30 hingga 9.00 pagi. 

Pada masa tersebut, Marini menemukan tubuh kaku anak-anaknya terapung di dalam kolam ikan milik penduduk yang terletak kira-kira 20 meter dari rumah mereka.

Kedua-dua mangsa segera dikejarkan ke Pusat Kesihatan Kiawai, namun pegawai perubatan mengesahkan mereka sudah tidak bernyawa.

Insiden tragis itu turut mendapat perhatian Ketua Pegawai Daerah Pasaman Barat, H. Yulianto yang menziarahi rumah keluarga mangsa di Desa Muaro Kiawai, Sumatera Barat, Indonesia.

Dalam lawatannya, beliau merakamkan ucapan takziah dan menyatakan rasa simpati mendalam terhadap apa yang menimpa keluarga tersebut.

“Saya hadir untuk menyampaikan ucapan takziah atas musibah yang amat menyayat hati ini. Semoga keluarga ini diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat ini,” katanya.

Beliau turut menasihati para ibu bapa agar lebih berwaspada dan sentiasa memantau pergerakan anak-anak kecil terutamanya ketika bermain di kawasan terbuka yang berisiko.

"Musibah sebegini tidak dapat diramal, tetapi kita semua perlu saling mengingatkan dan mempertingkatkan kewaspadaan agar kejadian sama tidak berulang," tambahnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram