
RUANG dobi sering dianggap sebagai kawasan sampingan yang kurang diberi perhatian dalam reka bentuk rumah.
Namun, dengan perancangan tepat, ruang itu bukan sahaja boleh menjadi tempat mencuci pakaian malah ia juga ruang yang praktikal, kemas dan boleh bertahan lama.
Untuk memastikan ruang dobi anda berfungsi dengan efisien, terdapat beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian.
BACA LAGI: Pereka kertas dinding 'berkarya' pada dinding istana era 1830-an, ruang lama kembali 'hidup'
BACA LAGI: Perjalanan cinta lepas ijab kabul, pakar 'parenting' kongsi 7 rahsia jaga keharmonian rumah tangga
Daripada pemilihan lantai sehinggalah kepada susunan peralatan elektrik.
Berikut adalah lima tip berguna untuk membantu anda mencipta ruang dobi yang bukan sahaja selesa tetapi juga memenuhi keperluan harian.
Permukaan lantai yang tidak licin akan memberi keselamatan tambahan dan ketenangan fikiran.
1. Pilih lantai anti-slip
Oleh kerana ruang dobi sering basah, memilih lantai jenis anti-slip adalah keutamaan dan ia penting bagi mengelakkan kemalangan terutamanya jika anda mempunyai anak kecil atau warga emas di rumah.
Permukaan lantai yang tidak licin akan memberi keselamatan tambahan dan ketenangan fikiran.
Pastikan lantai mempunyai ruang sedikit curam ke arah 'floor trap'.
2. Pastikan sistem saliran yang baik
Air bertakung bukan sahaja menyebabkan lantai licin tetapi juga menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.
Oleh itu, pastikan lantai mempunyai ruang sedikit curam ke arah 'floor trap' dengan memastikan air mengalir dengan lancar dan tidak berkumpul di satu tempat.
Cahaya semula jadi bukan sahaja menjimatkan tenaga tetapi juga menjadikan ruang lebih nyaman dan selesa.
3. Gunakan bumbung lut sinar seperti polikarbonat atau skylight
Untuk memastikan ruang dobi sentiasa cerah tanpa perlu bergantung kepada lampu pada waktu siang anda perlu memilih bumbung yang telus cahaya seperti polikarbonat atau skylight.
Cahaya semula jadi bukan sahaja menjimatkan tenaga tetapi juga menjadikan ruang lebih nyaman dan selesa.
Ruang dobi kemas memerlukan penyimpanan yang teratur.
4. Sediakan tempat penyimpanan yang tertutup
Ruang dobi kemas memerlukan penyimpanan yang teratur, serta kabinet tertutup untuk menyimpan sabun, pelembut kain dan barangan lain.
Dengan cara itu, barang-barang tidak mudah terkena hujan, habuk atau kotoran lain dan ruang kelihatan lebih rapi.
Pastikan juga ampaian yang dipilih bersesuaian dengan saiz ruang dobi. Jika luas, anda boleh gunakan penyidai kain biasa namun andai ruang agak terhad, ampaian jenis dinding atau siling.
5. Rancang kedudukan mesin basuh dan soket dengan bijak
Mesin basuh adalah elemen utama dalam ruang dobi, jadi pastikan kedudukannya tidak menghalang laluan.
Gunakan soket jenis kalis air bagi mengelakkan kerosakan akibat kelembapan dan pastikan saluran keluar air dari mesin basuh tidak mengganggu kawasan pejalan kaki.
Walaupun ruang dobi biasanya kecil, perancangan yang teliti dapat menjadikannya ruang tersebut sebagai ruang yang paling efisien dalam rumah.
Pemilihan lantai yang selamat, saliran baik, pencahayaan semula jadi, penyimpanan tertutup dan susun atur mesin bijak menjadikan ruang dobi anda bukan sahaja cantik tetapi juga praktikal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram