Pereka kertas dinding 'berkarya' pada dinding istana era 1830-an, ruang lama kembali 'hidup'


  • Relaks
  • Sabtu, 10 Mei 2025

Dibina daripada batu pasir dengan gaya Jacobethan pada tahun 1830-an, Whittington Hall direka oleh arkitek tempatan, George Webster dan menampilkan menara berbenteng dengan turret di sudut. — Agensi

WHITTINGTON Hall bersama ladangnya yang subur terletak di antara bukit-bukit mengalun lembut melintasi tiga daerah iaitu Lancashire, Cumbria dan Yorkshire.

Rumah gaya Jacobethan itu direka pada tahun 1830-an oleh arkitek terkenal, David Webster dari Kendal yang menampilkan ciri-ciri rekaan ikoniknya iaitu fasad berbumbung, menara batalion, turrets asimetri dan tingkap besar bagi memaksimumkan cahaya semulajadi.

Pereka kertas dinding, Mia Reay, yang mengasaskan syarikat kertas dinding dengan nama sendiri pada 2022, mula menetap di Whittington Hall pada 2013.

BACA LAGI: Usahawan wanita muda tinggalkan Eropah demi sambung legasi perniagaan keluarga

BACA LAGI: Kediaman minimalis pintar kaya fungsi, adunan harmoni Jepun dan Scandinavia menerusi konsep Japandi

Dua tahun selepas berkahwin dengan Ketua Clan Mackay, Aeneas Mackay yang berketurunan Scotland-Belanda.

Bapa Aeneas telah meninggal dunia dan pasangan itu mewarisi rumah agam tersebut.

"Pada mulanya, (rumah) agak menakutkan kerana asbestos ditemui di sekitar paip dan seluruh lantai bawah perlu diganti.

"Kami membawa masuk papan lantai oak berwarna madu dari Poland untuk mencipta suasana yang lebih ringan.

"Saya menggunakan kertas dinding yang dilukis tangan yang mana saya sentiasa menyukai seni lukisan.

"Saya juga sedar bahawa kos lebih efektif untuk menciptanya (kertas dinding) sendiri.

"Rakan-rakan saya juga mahu kertas dinding seperti itu dan daripada situ perniagaan saya bermula.

"Keindahan alam semula jadi, reka bentuk bersejarah, cebisan kain dan seramik menjadi sumber inspirasi yang tak pernah habis untuk kertas dinding," kata Mia.

Di perpustakaan, kertas dinding ‘Utopia’ rekaan Mia berwarna hijau underglaze, diinspirasikan oleh jubin Parsi abad ke-17.  Agensi

Mia yang berasal dari Helsinki, Finland, telah menetap di beberapa buah negara seperti Finland, Arab Saudi dan Sepanyol bersama ibu bapanya.

Selepas tamat pengajian di Trinity College Cambridge, beliau bekerja dalam bidang kewangan dan fesyen di London.

Pengalaman hidupnya dalam pelbagai budaya memberi kesan kepada cara Mia mengatur kehidupan di rumah agam itu.

Skema dapur gaya Scandinavia itu menampilkan pinggan hidangan antik Wedgwood berwarna krim yang diwarisi serta kerusi Ikea yang dicat putih kekuningan.  Agensi

Langkah pertama beliau adalah memasang sauna besar di sebelah kolam renang dalam rumah bertujuan menggembirakan keluarganya.

Daripada menggunakan pintu masuk utama yang megah dengan tangga marmar menghadap Lune Valley, kini tetamu memasuki rumah agam itu dari sisi timur.

Dewan rumah itu juga dipenuhi dengan pelbagai kasut welly keluarga, mangkuk anjing, peralatan memancing, menembak dan semuanya diserikan dengan kertas dinding 'Bukhara' ciptaan Mia.

Manakala di kawasan dapur, sebuah simfoni warna putih kekuningan menyambut akan kedatangan anda.

Pinggan Wedgwood berwarna krim yang dikebumikan oleh nenek Aeneas di halaman rumah mereka di Belanda semasa pendudukan, ditemui semula selepas perang dan kini tersusun cantik di atas rak.

Kerusi Ikea dengan kusyen empuk dan meja perancis gaya ladang telah dicat putih mencipta kesan harmoni yang halus.

Siling plaster rumit dan panel hijau dengan ukiran mawar Lancastrian memberikan sentuhan elegan di ruang tamu keluarga yang paling sering digunakan oleh mereka.

"Saya tidak mahu mengganggu suasana asal rumah ini, hanya mahu mencipta suasana yang lebih segar.

"Di sini, kami menggantikan hijau suram pada panel dengan warna hijau ‘Pea Green’ dari Farrow & Ball.

"Saya mahu setiap elemen yang ditambah kelihatan seperti ia sudah ada di sini.

"Saya gemar menggunakan warna yang bercampur, sama ada dalam cat atau kertas dinding untuk menambah patina," jelasnya.

Melalui lorong ke perpustakaan tergantung ‘Utopia’, kertas dinding memaparkan gambar sekumpulan burung beo yang penuh semangat dengan diinspirasikan jubin Parsi abad ke-17 bagi memberikan kesegaran pada ruang besar.

Sejak Mia memperkenalkan kertas dinding rekaannya, Whittington Hall kini dipenuhi dengan suasana ceria dan penuh bersemangat.  Agensi

Perapian besar dihiasi dengan jubin Delft dan figura kecil di rak dibawa dari rumah mereka di Belanda 30 tahun yang lalu

"Bersama sahabat saya, seorang pelukis hiasan khas, Graham Carr, kami melukis perapian itu dengan empat warna putih kekuningan untuk memberikan kesan tiga dimensi.

"Saya menanggalkan semua potret di bilik itu dan menggantikannya dengan lukisan landskap.

“Saya mahu membawa suasana luar ke dalam," jelasnya.

Bilik melukis besar bersebelahan dengan dewan hijau, dihias indah oleh ibu tiri Mia bersama Piers Westenholtz pada tahun 1980-an hanya beberapa suzani, bantal harmoni, langsir dan sarung sofa telah pudar.

Manakala di ruangan makan pula, dinding dicat putih lembut dengan pinggan china biru dan putih tergantung elegan.

Di tingkat atas, pelbagai lorong membawa anda ke pelbagai aras yang berbeza.

Bilik tetamu utama anggun dihiasi kertas dinding ‘Queens Necklace’ rekaan Mia sendiri telah diubahsuai daripada kain yang diberikan kepada Graham oleh John Fowler.

Bagi memberi sedikit definisi, Graham dan Mia memotong serta melekatkan sempadan berwarna burgundy sepanjang satu inci.

 

 

Sementara itu, bilik tetamu kedua mempamerkan kertas dinding ‘Besler Iris’ dalam warna tembakau yang hangat, manakala ‘Drottningholm Tree’, salinan kertas dinding dari Istana Raja Sweden, menghiasi bilik mandi utama.

Sejak Mia memperkenalkan kertas dinding rekaannya, Whittington Hall kini dipenuhi dengan suasana ceria dan penuh bersemangat.

Kini beliau mempunyai pengedar di seluruh dunia dan sebuah kedai baharu di Pimlico, dengan perniagaannya semakin berkembang.

“Saya sedar saya tidak percaya pada trend.

"Secara definisi, trend datang dan pergi, tetapi reka bentuk yang baik akan kekal selamanya.”

"Anda boleh katakan perkara yang sama tentang Whittington," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram