
MAJLIS perkahwinan pasangan selebriti Indonesia, Luna Maya dan Maxime Bouttier bukan sahaja mencuri perhatian kerana suasana indah di Gianyar, Bali, tetapi turut menjadi bualan hangat warganet kerana pemberian cenderahati yang dianggap luar biasa.
Dalam suasana penuh tertutup pada Rabu, pasangan itu menyambut hari bahagia mereka dengan penuh gembira dengan dihadiri rakan-rakan rapat seperti Edric Tjandra, Melaney Ricardo, Ayu Dewi, Ashanty, Raffi Ahmad, Nirina Zubir dan Nagita Slavina.
Namun, apa yang lebih menjadi sorotan ialah isi kotak cenderahati eksklusif yang diberikan kepada tetamu.
Ini kalo menyumbang 1 juta tetap untung ga sih?? pic.twitter.com/zU3oNodvxX
— Random Thread (@randomable_) 8 Mei 2025
Melalui perkongsian Edric Tjandra di Instagram, tetamu menerima cenderahati yang dibalut kemas dalam beg anyaman Bali berwarna coklat yang kelihatan ringkas tetapi mempunyai kejutan mewah di dalamnya.
Antara pengisiannya termasuk sebuah tumblr jenama Stanley bernilai sekitar RM240 (800,000 rupiah) dan sehelai tuala berkualiti tinggi jenama Terry Palmer berharga antara RM60 hingga RM115.
Selain itu, salah satu item yang benar-benar menakjubkan ialah sebotol minyak wangi mewah berjenama YSL Libre yang dianggarkan mencecah harga RM600 (2 juta rupiah sebotol).
" Wow, amazing, guys. Cenderahati ni mahal sangat," ujar Edric dalam video unboxing yang tular di media sosial.
Lebih menarik, setiap item dicetak dengan abjad awal nama masing-masing iaitu L dan M yang menjadikan pemberian itu bukan sekadar hadiah, tetapi simbol eksklusiviti dan penghargaan peribadi.
Pelakon lain, Melaney Ricardo turut meluahkan rasa teruja dengan menyatakan bahawa cenderahati itu bukan hanya mewah, tetapi juga praktikal.
"Tumblr adalah jenama. Saya fikir ia pasti digunakan," katanya.
Di media sosial, ramai yang terkejut dan kagum dengan pemilihan door gift yang begitu mewah untuk majlis pernikahan tertutup itu.
"Dapat cenderahati sudu garfu pun dah seronok, apatah lagi dapat YSL percuma. Wow!" tulis Randomable .
“Faham-fahamlah kenapa nak majlis tertutup, sebab setiap tetamu disambut sebaik mungkin,” tulis Salonnpashhott . — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram , WhatsApp Channel dan Telegram