[VIDEO] Pasukan tari SSEMKL harum nama Malaysia di Paris, kuartet disertai 4 peserta termasuk anak Lan Solo muncul juara


  • Relaks
  • Jumaat, 09 Mei 2025

Pasukan tari dari SSeMKL muncul juara sekali gus mengharumkan nama Malaysia di Paris.

NAMA Malaysia kembali mekar di pentas antarabangsa apabila pasukan tari dari Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL) muncul juara dalam 33rd International Competition ‘Etoiles De Paris’ UAE-England-France 2025 di Paris yang berlangsung dari 28 April hingga Sabtu ini.

Lebih manis, antara empat murid hebat yang menggalas cabaran itu ialah anak kepada penyanyi terkenal Lan Solo iaitu Nur Amna Qaleesya Mohd Razlan bersama tiga lagi penari berbakat iaitu Emmylis Damia Azuan, Adriana Nur Alya Qistina Mohd Uyub dan Putri Diana Ellysa binti Zainol Abidin.

Pasukan SSEMKL berjaya menewaskan wakil dari tujuh negara lain termasuk Ukraine, Indonesia, Kyrgyzstan dan Armenia yang sekali gus membawa pulang gelaran juara.

BACA LAGI: Dahlia Rizal 'salute' ibu bersalin czer, dedah hampir hilang nyawa demi lahirkan anak sulung, sempat titip kata semangat buat pejuang TTC

BACA LAGI: [VIDEO] Anak tak fokus belajar? Ibu bapa wajib tahu teknik belajar 30 minit yang berkesan untuk memudahkan ingatan pembelajaran

Pemilik nama sebenar Muhammad Razlan Mohamed Yusof itu meluahkan rasa bangga dengan pencapaian anaknya menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau.

"Kakak (Nur Amna) dan kawan-kawan menang Alhamdulillah. Hadiah hari Jumaat yang indah untuk kumpulan tari SSeMKL.

"Tahniah buat semua yg terlibat! Daddy tak tahu nak tulis apa sebab daddy tiada kat sana. Nanti korang balik korang ceritalah okay! Apa-apa pun tahniah buat seluruh kontinjen Malaysia! Kami bangga,” tambahnya.

Isteri Lan Solo, Nur Sheila Hassim yang kini berada di Paris bersama anak mereka turut berkongsi rasa syukur atas usaha keras pasukan SSEMKL.

"Dear anak-anak mommy. Sejauh ini dah kita melangkah.. ALLAH izin korang berada di persembahan ini. Doa ibu, ayah dan cikgu-cikgu serta semua rakyat Malaysia diberi ketenangan serta kelancaran untuk persembahan yang terbaik.

"Usaha sudah. Ikhtiar sudah, maka teruskan berdoa kemudian tawakal sahaja yangg perlu. Semoga kejayaan milik kalian. Amin," katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram