
ACARA fesyen paling dinantikan, Met Gala 2025, kembali lagi di Metropolitan Museum of Art.
Walaupun permaidani merah penuh dengan fesyen avant-garde menjadi tumpuan utama, banyak perkara berlaku di sebalik pintu tertutup yang ramai tidak tahu.
Dengan tema tahun ini, "Superfine: Tailoring Black Style", acara itu turut melancarkan pameran baharu Costume Institute yang meraikan sejarah dan pengaruh besar Black Dandyism serta sumbangan pereka fesyen kulit hitam dalam dunia fesyen.
BACA LAGI: [VIDEO] Hidangan Melayu jadi penaik selera majlis kahwin gaya kolonial di Shanghai
BACA LAGI: Kayu buangan ke kedai gaya hidup, TGF pacu Malaysia jadi juara ekonomi kitar semula
Seperti biasa, Ketua Pengarang Vogue dan Pengerusi Met Gala 2025, Anna Wintour akan mengawal segala-galanya dari senarai tetamu, aturan tempat duduk, sehingga ke jenis makanan yang dihidangkan.
Berikut beberapa peraturan pelik Met Gala 2025 yang mungkin buat anda terkejut:
1. Tiada telefon atau swafoto dibenarkan
Walaupun ramai selebriti terkenal hadir dengan gaya penuh glamor di permaidani merah, anda takkan jumpa video TikTok atau Instagram dari dalam dewan Met.
Ini kerana peraturan 'no phones' dikuatkuasakan dengan ketat untuk menjaga privasi acara.
Malah, lawatan pameran, makan malam dan persembahan langsung dalam acara itu juga tidak dirakam sepenuhnya atau dikongsi kepada umum.
Biasanya kalau ada gambar swafoto yang tersebar ia besar kemungkinan telah diambil dalam bilik air. — Agensi
Namun begitu, ada juga yang curi-curi langgar peraturan tersebut.
Biasanya kalau ada gambar swafoto yang tersebar ia besar kemungkinan telah diambil dalam bilik air.
Tradisi itu bermula pada tahun-tahun awal Met Gala dan nampaknya peraturan itu masih diteruskan, walaupun sering ditegur penganjur.
2. Tiada bawang dan tiada parsley
Anna Wintour memang terkenal dengan disiplin tinggi dalam memastikan semua orang kelihatan dan berbau terbaik pada malam Met Gala.
Sebab itu, beberapa jenis makanan dilarang sama sekali dalam menu makan malam, termasuk bawang, parsley dan bawang putih.
Ini untuk mengelakkan masalah nafas berbau dan herba tersekat di celah gigi yang boleh merosakkan momen bergambar.
Hidangan yang terlalu bersepah seperti bruschetta, juga dielakkan untuk memastikan gaun mewah tidak terkena kotoran.
3. Tiada rokok
Walaupun anda selebriti paling berpengaruh dunia, merokok di dalam Met Gala adalah kesalahan besar.
Koleksi pakaian yang dipamerkan boleh rosak atau terjejas bau asap jadi dengan itu peraturan ini dikuatkuasakan penuh tegas.
Menurut kurator Met Gala, Andrew Bolton, melanggar peraturan itu adalah cara paling terbaik untuk tidak dijemput semula pada tahun berikutnya.
Namum seperti kebiasaan, ada juga yang berani melanggar peraturan tersebut.
Harga tiket individu boleh mencecah kira-kira RM340,000. — Agensi
4. Tiada masuk percuma
Ramai mungkin tidak tahu, walaupun Met Gala adalah acara jemputan eksklusif, setiap tetamu masih perlu membayar untuk tempat duduk mereka.
Harga tiket individu boleh mencecah USD75,000 (kira-kira RM340,000), manakala satu meja penuh boleh mencecah USD350,000 (kira-kira RM1.6 juta).
Biasanya, syarikat fesyen yang menaja pakaian selebriti akan menanggung kos itu sebagai balasan untuk mempromosikan jenama mereka di karpet merah.
5. Pakaian mesti diluluskan
Meskipun sudah membayar dengan harga mahal, anda masih perlu melalui satu lagi 'spotcheck' sebelum dapat menghadiri Met Gala.
Setiap pakaian perlu mendapat kelulusan daripada Anna Wintour sendiri.
Proses tersebut biasa sehinggakan muncul istilah khas iaitu 'AWOK' atau 'Anna Wintour Okay'.
Jadi, tidak kira sehebat mana pun gaya anda, kalau tak lepas tapisan Anna, lupakan sahaja hasrat untuk menghadiri Met Gala.
6. Tempat duduk dikawal ketat
Walaupun sudah membayar RM340,000 untuk satu tempat duduk, anda tidak boleh pilih siapa yang akan duduk bersama.
Menurut Pengarah Projek Khas Vogue, Ward Durrett, penyusunan tempat duduk adalah satu proses yang sangat rumit dan mula dirancang seawal Disember.
Penyusunan tempat duduk Met Gala adalah satu proses yang sangat rumit. — Agensi
Pasangan suami isteri jarang sekali duduk bersebelahan untuk mengalakkan daripada berinteraksi dan hubungan antara tetamu juga diambil kira supaya tiada situasi janggal.
Nampaknya, selain daripada menjadi malam fesyen paling berprestij, Met Gala juga penuh dengan peraturan ketat yang buatkan ia lebih unik dan misteri.
Jadi, kalau ada jemputan tahun depan, pastikan anda bersedia untuk ikut semua peraturan Anna Wintour. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram