
KEANGGUNAN seorang puteri sentiasa memukau, apatah lagi apabila dipadankan dengan warisan budaya yang indah dan penuh makna.
Itulah yang tergambar dalam potret rasmi terbaru Tengku Puteri Utama Raja, Yang Amat Mulia Tengku Nadhirah Zahrah yang mendapat pujian ramai atas kehalusan dan kemegahan busana digayakan.
Potret itu mula mencuri perhatian selepas dimuat naik oleh pengguna laman Threads, Meerrkj yang menjelaskan secara terperinci mengenai perkara itu.
BACA LAGI: Bukan saja tempat luah perasaan, ChatGPT jadi 'personal trainer' bantu turunkan berat badan
BACA LAGI: Ada 5 cara, ibu bapa bimbing anak-anak kawal 'anxiety' dengan lebih sihat
"Potret Rasmi Baru Tengku Putri Nadhirah. Dihiasi dengan anggun dalam songket yang indah, potret ini merangkumi warisan, keanggunan dan tradisi abadi.
"Setiap utas menceritakan kisah yang kaya dengan makna dan berakar pada kebanggaan budaya," katanya.
Busana baju kurung moden songket berwarna biru diraja.
Dalam potret itu, Tengku Nadhirah Zahrah tampil mempersona dalam busana baju kurung moden songket berwarna biru diraja iaitu rona yang melambangkan ketenangan, martabat dan keagungan.
Fabrik songket eksklusif yang dipilih memancarkan kilauan lembut, ditatah dengan sulaman benang emas yang halus dan terperinci di bahagian lengan serta hujung kain.
Meerrkj berkata, busana itu merupakan hasil ciptaan istimewa jenama warisan Songket Diraja Terengganu, digayakan mengikut visi seni pereka diraja terkenal, Radzuan Radziwill.
Gabungan itu melahirkan penampilan yang bukan sahaja memukau secara visual, tetapi turut menjadi penghormatan kepada budaya dan sejarah.
Tengku Nadhirah Zahrah turut mengenakan aksesori diraja yang lengkap termasuk rantai berlian serta selempang dan darjah kebesaran.
Selendang biru lembut yang digayakan kemas turut menambah sentuhan sopan, lembut dan elegan pada keseluruhan penampilan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram , WhatsApp Channel dan Telegram