Bukan saja tempat luah perasaan, ChatGPT jadi 'personal trainer' bantu turunkan berat badan


  • Sihat
  • Ahad, 04 Mei 2025

ChatGPT membantu untuk mengubah cara fikiran dengan panduan selama tujuh hari. — Gambar Hiasan

RAMAI orang mengenali ChatGPT sebagai tempat bertanya soalan pelik atau meluah perasaan apabila bosan. 

Tetapi kini, ramai mula menyedari satu kelebihan besar ChatGPT iaitu ia juga boleh menjadi jurulatih kecergasan peribadi yang dapat membantu menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar.

Dalam satu hantaran di laman Threads, ChatGPT berkongsi tujuh arahan mudah (prompts) yang boleh digunakan untuk membina rutin sihat dan kekal konsisten dalam usaha menurunkan berat badan. 

BACA LAGI: Ingin rumah lebih tersusun dan bergaya? 5 tip guna 'built-ins dengan cara bijak, kreatif

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan setakat cantik tapi jaga solat dan pandai masak, Eyka Farhana disifatkan sebagai 'wife material'

ChatGPT membantu menyediakan pelan untuk menguruskan badan dengan betul. — Gambar Hiasan

Arahan-arahan itu bukan saja praktikal, malah disesuaikan mengikut gaya hidup dan keperluan setiap individu.

Berikut antara fungsi menarik yang boleh dicuba seseorang.

1. Pelan Makanan Peribadi

Seseorang perlu memberitahu sahaja maklumat seperti umur, berat, tinggi dan sasaran berat badan. 

ChatGPT akan membantu menyediakan pelan makanan yang ringkas, murah dan sesuai dengan selera anda.

2. Senaman Ikut Gaya Sendiri

Seseorang perlulah menyatakan berapa kali dalam seminggu mahu bersenam, jenis senaman yang disukai dan berapa lama setiap sesi. 

ChatGPT akan menyusun jadual yang sesuai mengikut masa anda.

ChatGPT boleh menyediakan pelan makanan yang ringkas mengikut selera masing-masing. — Gambar Hiasan

3. Atasi Keinginan Makan Lewat Malam

Selalu terasa ingin mengambil pemakanan pada sewaktu malam?

ChatGPT boleh mencadangkan tiga cara berkesan yang terbukti secara sains untuk kurangkan tabiat itu.

4. Penjejak Kemajuan Automatik

Anda boleh minta ChatGPT menyediakan fail Google Sheets untuk merekod berat badan, senaman, makanan dan tabiat harian yang lengkap dengan carta automatik untuk melihat kemajuan.

5. Bantu Kekal Konsisten

Jika anda selalu terasa mahu hilang semangat, ChatGPT boleh menulis tiga peringatan harian dan mencipta sistem ganjaran mudah untuk membantu anda kekal dengan rutin selama 30 hari.

6. Hentikan Makan Mengikut Emosi

Kadangkala, seseorang mengambil sesuatu jenis pemakanan kerana berasa stres atau bosan. 

ChatGPT boleh membantu mengenal pasti punca emosi dan mencadangkan cara lain yang lebih sihat untuk menenangkan diri.

7. Tukar Cara Berfikir Tentang Diet

Ramai orang gagal untuk menurunkan berat badan kerana terlalu keras pada diri sendiri.

Sekali tersilap makan, seseorang terus rasa seperti usaha mereka hanyalah sia-sia. 

ChatGPT membantu untuk mengubah cara fikir itu dengan panduan selama tujuh hari yang tekankan kesabaran, konsistensi dan perubahan kecil yang berterusan tanpa tekanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram